Utusan Borneo (Sabah)

Burger Rio Malaysia kini kembali

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

PETALING JAYA: Kemunculan semula Burger Rio dan cita rasa istimewany­a yang menjadi kegemaran ramai kini kembali dengan Kempen ‘Discover the World’ oleh McDonald’s Malaysia.

Kemunculan semula Burger Rio daging yang dinanti nantikan ini mula diperkenal­kan semasa sukan Olimpik Rio 2016. Walau bagaimanap­un, kemunculan­nya kali ini lebih hebat dengan adanya pilihan Burger Rio ayam.

Burger Rio menjanjika­n cita rasa yang sememangny­a mempunyai keenakan tersendiri untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Burger Rio yang ditawarkan dalam tempoh masa terhad ini merupakan menu pertama daripada beberapa siri menu lain yang akan dilancarka­n dengan membawa cita rasa unik dari negara-negara terpilih di dunia ke restoran McDonald’s di seluruh negara.

Burger Rio merupakan pilihan tepat untuk dinikmati semasa menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia dengan keenakan daging ayam atau lembu, ditambah dengan sayur-sayuran, keju cheddar, sos istimewa Rio dan juga ban istimewa yang ditabur dengan bijan hitam dan putih.

Set Burger Rio bersama kentang goreng dan pilihan minuman sama ada Coke McFreeze atau Fanta McFreeze ini boleh dinikmati dengan harga bermula dari RM14.95 untuk satu set hidangan.

Selain itu, berita baik untuk peminat bola sepak yang ingin menonton siaran perlawanan pada lewat malam, McDonald’s sebagai penaja Piala Dunia FIFA 2018 turut menawarkan kentang goreng dengan saiz hidangan yang lebih besar untuk dikongsi bersama dikenali sebagai World Cup Mega Fries.

Sesuai dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga semasa menonton perlawanan bola sepak, World Cup Mega Fries ini pastinya akan membawa keseronoka­n berganda.

Pada masa sama, D24 Durian McFlurry juga bakal kembali setelah menerima maklum balas yang cukup menggalakk­an daripada rakyat Malaysia sejak ia mula diperkenal­kan tahun lalu.

Selain D24 Durian McFlurry yang boleh didapati dengan harga RM8.99, McDonald’s turut memperkena­lkan Black Forest McFlurry Party.

Pada harga RM10.95, Black Forest McFlurry Party baharu ini akan menjadi menu tetap dan boleh didapati di kaunter hadapan, pandu lalu, perkhidmat­an McDelivery dan di semua kaunter dan kiosk McDonald’s Dessert.

Selain McFlurry, McDonald’s turut memperkena­lkan dua menu perkongsia­n untuk dinikmati oleh peminat bola sepak semasa menonton perlawanan.

World Cup FAN Bundle boleh didapati dalam dua saiz yang terdiri daripada kentang goreng, Ayam Goreng McD dan Chicken McNugget.

FAN Bundle A terdiri daripada lima ketul Ayam Goreng McD, sembilan ketul Chicken McNuggets dan satu Mega Fries yang boleh didapati dengan harga RM35.00. FAN Bundle B pula terdiri daripada sembilan ketul Ayam Goreng McD, 20 ketul Chicken McNuggets dan dua Mega Fries yang boleh didapati dengan harga RM59.95.

Kedua-dua FAN Bundle ini boleh dinikmati sama ada di restoran, dibungkus untuk dinikmati di rumah ataupun menerusi perkhidmat­an McDelivery.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World’ McDonald’s Malaysia, layari http://www.mcdonalds. com.my/.

 ??  ?? BURGER Rio daging mula diperkenal­kan semasa sukan Olimpik Rio 2016.
BURGER Rio daging mula diperkenal­kan semasa sukan Olimpik Rio 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia