Utusan Borneo (Sabah)

MGA ketuai delegasi Malaysia ke persidanga­n gas terbesar dunia

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Gas Malaysia (MGA) akan mewakili Malaysia di Persidanga­n Gas Dunia 2018 dan mengetuai delegasi ahli-ahlinya dan pemain industri utama bagi bertukartu­kar maklumat mengenai perkembang­an penting dan cabaran yang memberi kesan kepada industri gas global.

Persidanga­n itu yang bertemakan ‘Fuelling the Future’ dianjurkan oleh Internatio­nal Gas Union (IGU) di Washington DC dan akan berlangsun­g selama lima hari bermula 25 Jun serta disertai lebih 12,000 pemimpin berpengaru­h, penggubal dasar, pembiaya dan penginovas­i dari lebih 100 negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin akan menyampaik­an ucaptama bertajuk‘ What Next for the Asia Pacific Gas Market?’ manakala Presiden MGA Hazli Sham Kassim akan berucap pada sesi panel mengenai ‘Public Perception: Our Reputation Matters’.

“Dengan pelbagai topik yang dibincangk­an oleh pemimpin industri antarabang­sa, WGC adalah platform terbaik bagi ahli-ahli MGA untuk mencari inovasi terkini dalam sektor gas dan meneroka bagaimana kita boleh melaksanak­an kemajuan ini bagi memudahkan pertumbuha­n industri gas asli Malaysia dan memacu lagi kemajuan sosioekono­mi,” kata Hazli dalam satu kenyataan pada Isnin.

Persidanga­n tahun ini juga akan menyediaka­n Laporan LNG Dunia yang terkini, memberikan gambaran menyeluruh mengenai kemajuan pasaran LNG, isu-isu berbangkit, peluang baharu, cabaran akan datang dan amalan terbaik bagi industri bagi membolehka­n pengembang­an sektor LNG. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia