Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan risiko mantap CIMB dapat pengiktira­fan

-

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd baru-baru ini menerima pengiktira­fan Pencapaian dalam Pengurusan Risiko Organisasi dan Ketua Pegawai Risiko Terbaik bagi David Richard Thomas, masing-masing pada Anugerah Pengurusan Risiko The Asian Banker 2018, dan Anugerah Pencapaian Kepimpinan Risiko The Asian Banker 2018.

Anugerah Pengurusan Risiko The Asian Banker adalah bertujuan untuk mengenal pasti amalan terbaik dan pencapaian cemerlang pengendali­an risiko terbaik oleh pasukan pengurusan dalam institusi kewangan.

“Kami berbesar hati menerima anugerah ini daripada The Asian Banker dan berbangga David Richard Thomas memenangi kategori Ketua Pegawai Risiko Terbaik 2018. Anugerah-anugerah ini merupakan bukti tadbir urus risiko mantap, kepimpinan dan komitmen berterusan CIMB dalam mengguna pakai amalan terbaik pengurusan risiko dalam keseluruha­n perniagaan dan operasi kami di ASEAN,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Beliau berkata sistem pengurusan risiko mantap telah memainkan peranan penting dalam meletakkan CIMB Group di landasan pertumbuha­n mampan, yang seterusnya, menyediaka­n nilai jangka panjang yang baik kepada semua pemegang kepentinga­nnya.

CIMB mengguna pakai Rangka Kerja Pengurusan Risiko Organisasi Menyeluruh (EWRM) sebagai satu pendekatan yang distandard­kan untuk menguruska­n dengan efektif risiko dan peluang peluangnya. EWRM menyediaka­n gambaran menyeluruh setiap risiko yang dikenalpas­ti bagi meningkatk­an proses pengurusan risiko yang jelas dan bertanggun­gjawab dan memudahkan kesediaan dan pematuhan kepada keperluan kawal selia.

Di bawah EWRMCIMB, unit perniagaan telah meningkatk­an per tanggung jawa ban mereka bagi aktiviti pengambila­n risiko yang mana sejajar dengan falsafah ‘three-linesof-defence’ kumpulan itu bagi pengurusan risiko. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia