Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan diharap kekalkan tarif elektrik semasa: FMM

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Pekilangpe­kilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan Pakatan Harapan akan mengekalka­n kadar tarif elektrik semasa di Semenanjun­g Malaysia untuk tempoh 1 Jan 2018 sehingga 31 Dis 2020.

“Kami juga bimbang jika terdapat kenaikan kadar tarif elektrik disebabkan sebarang pelarasan tarif gas asli untuk sektor tenaga,” katanya.

Tarif purata gas asli bagi pengguna sektor bukan tenaga termasuk sektor pembuatan, akan dinaikkan kepada RM32.69 setiap MMBtu (satu juta unit Termal British) mulai 1 Julai 2018 kepada RM32.69 setiap MMBtu (satu juta unit Termal British) berbanding RM32.52 setiap MMBtu pada masa ini.

“Walaupun FMM teguh dengan komitmenny­a terhadap rasionalis­asi subsidi tenaga dan kenaikan 0.5 peratus itu lebih rendah daripada sebelum ini iaitu 22.97 peratus, namun masih terdapat peningkata­n kos tenaga,”menurut FMM dalam kenyataan pada Isnin.

Mengambil kira surcaj baru iaitu RM0.77 per MMBtu yang lebih rendah, hanya 48 peratus daripada tempoh surcaj sebelum ini iaitu RM1.62 per MMBtu, selain kos peningkata­n serentak yang telah dikenakan terhadap perniagaan, FMM berharap kerajaan baharu dapat mengekalka­n kadar tarif elektrik sedia ada bagi mengurangk­an beban kos tenaga di sektor pembuatan dan memanfaatk­an isi rumah.

Persekutua­n itu juga meminta kerajaan menangguhk­an rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) menerusi Pelepasan Kos Bahan Api dan Penjanaan (ICPT) sehingga 2020 untuk mengekalka­n kadar daya saing perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana, tanpa meningkatk­an kos tenaga. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia