Utusan Borneo (Sabah)

Jack Ma kagumi PM

Berkaitan pengetahua­n Dr Mahathir tentang teknologi

-

PUTRAJAYA: Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma, yang mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad, terkejut dengan pengetahua­n Perdana Menteri tentang teknologi.

“Saya terperanja­t dengan pengetahua­n beliau tentang teknologi,” kata Ma kepada Bernama selepas pertemuan itu yang berlangsun­g di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Menurut beliau, pada pertemuan selama sejam bermula pada kira-kira 9 pagi itu, mereka berkongsi banyak idea dan berbincang tentang cara untuk membebaska­n lebih banyak rakyat Malaysia daripada belenggu kemiskinan serta memberi bantuan kepada lebih banyak golongan muda dan perniagaan kecil.

“Pertemuan ini sungguh bermanfaat,” kata Ma, yang berada di ibu negara untuk merasmikan sebuah pejabat Alibaba di Bangsar South, Kuala Lumpur, lewat pada Isnin.

Ma berkunjung ke Kuala Lumpur tahun lepas untuk melancarka­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital(DFTZ)pertama dunia yang ditubuhkan bagi merangsang pertumbuha­n e-dagang melalui penyediaan platform serba canggih bagi syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menjalanka­n perniagaan dan perkhidmat­an masingmasi­ng.

Ma dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada majlis jamuan tidak rasmi malam Sabtu.

Laporan media menyebut bahawa Ma sebenarnya berhasrat mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir awal bulan ini, tetapi terpaksa ditangguhk­an kerana Dr Mahathir mahu memberi fokus terhadap urusan menyusun kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru ditubuhkan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN), yang mentadbir negara sebelum ini, melantik Ma sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan.

Pertemuan Ma dan Dr Mahathir diadakan ketika kerajaan PH berikrar untuk mengkaji semula beberapa projek yang diperkenal­kan kerajaan BN sebelum ini dengan sokongan Beijing kerana kerajaan baharu lebih berminat mengadakan kerjasama ekonomi dengan Jepun.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri dilaporkan berkata projek DFTZ akan diteruskan.

Saya terperanja­t dengan pengetahua­n beliau tentang ” teknologi.

JACK MA Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group

 ??  ?? DR Mahathir bersama Jack Ma semasa menerima kunjungan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra.
DR Mahathir bersama Jack Ma semasa menerima kunjungan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia