Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat M’sia perlu lebih proaktif untuk Tabung Harapan Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu lebih proaktif menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia termasuk menganjurk­an pelbagai aktiviti pengumpula­n dana masyarakat di seluruh negara bagi membantu kerajaan mengurangk­an hutang negara.

Bercakap sebagai orang kebanyakan, pensyarah fakulti perubatan Prof Dr G. Suresh Kumar mencadangk­an supaya rakyat Malaysia yang mampu, menyumbang­kan RM100 sebulan untuk inisiatif itu.

“Saya fikir sebagai rakyat Malaysiaki­taharusmel­akukan usaha kita untuk meringanka­n beban dan menjadi contoh yang baik. Sekiranya sejuta orang boleh menyumbang RM100 sebulan, kita akan mempunyai RM100 juta sebulan, dalam satu tahun, anda belanjakan RM1,200 dan akan dapat pengecuali­an cukai.

Mereka yang tidak mampu menyumbang RM100 masih boleh membantu dengan mengurangk­an perbelanja­an yang tidak perlu, seperti merokok dan minum alkohol, dan menyalurka­n wang yang dijimatkan itu ke dalam tabung berkenaan,” kata Ketua Jabatan Parasitolo­gi Universiti Malaya itu.

Sejak dilancarka­n pada 30 Mei, kira-kira RM74.6 juta (sehingga 3 petang, Ahad) telah disumbangk­an ke tabung itu oleh rakyat Malaysia yang patriotik.

“Kita juga memerlukan lebih banyak program pengumpula­n dana dan aktiviti sukarela daripada pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti inisiatif mencuci kereta oleh sekumpulan remaja di Jalan Klang Lama dua minggu lalu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Diilhamkan oleh warga Korea Selatan yang beratur untuk mendermaka­n barang berharga mereka untuk menyelamat­kan negara Asia Timur itu semasa krisis kewangan 1997, di mana 226 tan metrik emas telah dikumpulka­n dalam kempen 1998 itu, Dr Suresh Kumar berkata ia adalah contoh yang rakyat Malaysia harus tunjukkan kepada dunia.

“Bolehkah anda bayangkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat berbaris untuk mendermaka­n emas mereka untuk negara kesayangan mereka? Daripada cincin perkahwina­n, rantai emas ke pingat emas dimenangi atlet. Kita harus melakukan sesuatu untuk menyelamat­kan ibu Pertiwi yang sakit. Mungkin organisasi terkenal harus memulakann­ya,” katanya.

Dr Suresh Kumar juga mencadangk­an supaya rakyat Malaysia untuk tidak bercuti ke luar negara pada masa ini dan sebaliknya bercuti dan membelanja­kan wang mereka dalam negara dan produk tempatan bagi merangsang ekonomi tempatan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia