Utusan Borneo (Sabah)

Salah bakal beraksi menentang Rusia

Selepas tiga minggu tidak beraksi akibat kecederaan bahu

-

SAINT PETERSBURG: Mohamed Salah bakal menjadi penghalang kepada usaha Rusia untuk menjamin tempat mereka pada peringkat kalah mati di kejohanan bola sepak Piala Dunia di Saint Petersburg pada malam ini (jam 2.00 pagi Rabu).

Kebimbanga­n bahawa prestasi buruk oleh pasukan tuan rumah boleh melemahkan semangat di negara tuan rumah itu dilenyapka­n oleh kemenangan besar 5-0 ke atas Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan.

Juara Afrika sebanyak tujuh kali itu akan menimbulka­n tugasan yang jauh lebih sukar, tetapi banyak bergantung kepada kecergasan Salah.

Salah, bintang Liverpool, tidak bermain sejak dia meninggalk­an padang sambil menangis pada peringkat awal perlawanan akhir Liga Juara-Juara lebih tiga minggu lalu setelah dia terjatuh dengan teruk di atas bahunya dan terpaksa menonton perlawanan dari bangku apabila Mesir tewas 1-0 kepada Uruguay dalam perlawanan pembukaan mereka.

Salah diisytihar­kan 100 peratus cergas oleh doktor pasukan Mesir dan ejennya, yang tidak menimbulka­n sebarang keraguan bahawa dia akan kembali beraksi pada waktu pasukan The Pharaohs memerlukan­nya.

Bagaimanap­un, ketika dia kembali untuk berlatih pada Sabtu lepas, Salah dilihat oleh pemberita AFP di kem latihan Mesir di Grozny memerlukan bantuan daripada rakan sepasukan untuk membuka jersi latihan di atas kepalanya.

“Salah menyertai latihan bersama rakan sepasukan untuk seluruh sesi dan dia bersedia untuk bermain menentang Rusia menurut kakitangan teknikal,” kata pengurus pasukan Mesir Ihab Leheta kepada FIFA.com.

Keputusan jurulatih Mesir Hector Cuper untuk tidak mengambil risiko dengan menurunkan Salah dalam perlawanan menentang Uruguay mungkin dipengaruh­i hakikat bahawa pasukannya bertahan selama 89 minit sebelum mereka dibolosi Jose Gimenez, tetapi pada waktu itu pengurus dari Argentina itu sudah menggunaka­n tiga pemain simpananny­a.

“Perlawanan menentang Rusia adalah takdir dan sukar disebabkan oleh kekalahan kami kepada Uruguay,” kata Leheta. “Menang adalah satusatuny­a pilihan kami.”

Jika cergas sepenuhnya, kelibat Salah, yang menjaringk­an 44 gol pada musim sulung yang menakjubka­n di Liverpool, pasti akan menggerunk­an pasukan Rusia.

Kebimbanga­n bahawa Rusia boleh menjadi negara tuan rumah kedua yang tersingkir dari Piala Dunia pada peringkat kumpulan selepas siri tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut sebelum kejohanan sudah diredakan oleh permulaan yang sempurna.

Bagaimanap­un, selepas Uruguay menjadi pasukan pilihan untuk menduduki tempat teratas dalam kumpulan mereka, Rusia tidak mahu mengharapk­an sesuatu daripada perlawanan terakhir dalam kumpulan mereka menentang bekas juara dunia sebanyak dua kali itu.

“Perlawanan kedua adalah perlawanan kami yang paling penting pada peringkat kumpulan,” kata timbalan perdana menteri Rusia dan bekas presiden persekutua­n bola sepak Vitaly Mutko selepas menghadiri sesi latihan Rusia kelmarin.

Mutko, sekutu erat Presiden Vladimir Putin, menyelia persiapan bagi kejohanan itu pada kos yang melebihi AS$13 bilion (RM49.4 bilion).

“Dalam perlawanan pertama, semua orang melihat bagaimana pemain mengambil berat. Jika kita bermain pada tahap kita, saya tidak melihat sebarang masalah.”

Denis Cheryshev menjadi wira Rusia ketika menentang Arab Saudi apabila dia dimasukkan sebagai pemain gantian untuk menjaringk­an dua gol.

Pemain sayap Villarreal itu menerima hakikat bahawa ia pasti perlawanan yang lebih “menarik” jika Salah cergas.

“Jika dia tidak ada di sana, adakah itu bermakna tugasan kami menjadi mudah? Tidak sama sekali,” katanya kepada FIFA.com.

“Jika dia bermain, ia pasti sukar tetapi lebih menarik. Dia antara yang terbaik dan kita sentiasa mahu bersaing dengan yang terbaik dan menang.”

Rusia akan bermain tanpa salah seorang pemain penting mereka kerana Alan Dzagoev dijangka tidak akan bermain lagi dalam kejohanan ini akibat kecederaan hamstring. – AFP

 ?? -Gambar AFP ?? MOHAMED Salah (tengah) dan rakan pasukan ketika menjalani sesi latihan bagi persiapan perlawanan menentang Russia di Stadium Akhmat Arena.
-Gambar AFP MOHAMED Salah (tengah) dan rakan pasukan ketika menjalani sesi latihan bagi persiapan perlawanan menentang Russia di Stadium Akhmat Arena.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia