Utusan Borneo (Sabah)

SK Pekan Kiulu wakil Malaysia di Dance World Cup 2018

- Oleh JOHN TAMBANAN mewakili Ketua Menteri menyampaik­an sumbangan kewangan kepada Lukish.

SERAMAI lapan peserta Kelab Kebudayaan Koubasanan Tokou SK Pekan Kiulu akan mewakili negara ke pertanding­an akhir Dance World Cup 2018, di Sitges Barcelona, Sepanyol pada 20 Jun ini.

Mereka terdiri Ahmad Danial Aiman Sam (peserta termuda berusia 5 tahun), Lesley Worles Wilson, Mick Christerfe­lly Fazzy, Bernardine Sairuddi, Chrissylvi­a Anak Titos, Jonathena Joan Gray, Evattycy M De Lawrence dan Fitzandria Fitgerald.

Mereka sebelum ini telah memenangi pingat emas dan tempat ketiga dalam pertanding­an kelayakan Malaysia Dance World Cup yang diadakan di Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Sabah (JKKNS) pada 23 hingga 25 Februari 2018.

Mereka merangkul pingat emas dalam kategori kanak-kanak trio peringkat kebangsaan, pemenang Anugerah Koreografi Terbaik dan pemenang Anugerah Duet/Trio Terbaik.

Peserta ini juga memenangi pingat gangsa dalam kategori kumpulan kanak-kanak kecil peringkat kebangsaan.

Mereka layak mewakili Malaysia bagi ketagori yang mereka sertai kerana pencapaian melebihi 80 peratus.

Kejayaan mereka ini juga telah mendapat perhatian Timbalan Ketua Wirawati Warisan Sabah Joanna Henley Rampas yang berusaha untuk mendapatka­n sumbangan kewangan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi membiayai perbelanja­an mereka ke pertanding­an akhir Dance World Cup 2018.

Lapan peserta ini merupakan pelajar SK Pekan Kiulu akan diketuai oleh guru pengiring Debbi Lim.

Joanna ketika ditemui melahirkan rasa terharu beliau di atas kegigihan tenaga pendidik yang terlibat untuk memberi latihan kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Beliau yang juga bekas pelajar di SK Pekan Kiulu melahirkan harapan agar kumpulan itu mencapai kecemerlan­gan sekaligus menjadi pemangkin semangat kepada sekolah berkenaan untuk berusaha ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

“Sebagai bekas pelajar sekolah ini saya amat berbangga di atas kejayaan mereka. Ia merupakan permulaan yang baik untuk sekolah ini dan saya lihat mereka memiliki keyakinan diri yang tinggi untuk memberi saingan kepada para peserta dari negara ternama di Eropah, Amerika Selatan dan sebagainya,” katanya.

“Saya percaya ramai bekas pelajar alumni sekolah itu kini menjadi golongan profesiona­l dan akan tampil memberi kembali kepada komuniti melalui alumni,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Pekan Kiulu Lukish Limban mengucapka­n terima kasih kepada usaha Joanna dan Shafie atas keprihatin­an meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 untuk pembiayaan pelajar sekolah itu ke pertanding­an akhir Dance World Cup 2018 di Sitges Spain Barcelona.

Debbi melahirkan harapan tinggi tehadap para peserta berkenaan memandangk­an mereka mempunyai potensi untuk menang.

“Saya juga berharap kejayaan mereka ini akan menjadi pendorong bukan sahaja pelajar SK Pekan Kiulu bahkan pelajar dari Tamparuli dan Tuaran.

“Ini satu pemulaan yang baik dan kita harap dapat menghantar pelajar lain dari Tamparuli dan Tuaran ke pertanding­nan di peringkat dunia pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JOANNA
JOANNA
 ??  ?? JOANNA (berdiri, barisan belakang) bersama para peserta Kelab Kebudayaan Koubasanan Tokou yang layak ke Dance Word Cup di Sitges Spain.
JOANNA (berdiri, barisan belakang) bersama para peserta Kelab Kebudayaan Koubasanan Tokou yang layak ke Dance Word Cup di Sitges Spain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia