Utusan Borneo (Sabah)

Warisan fail petisyen pilihan raya, cabar keputusan PRU-14

Cabar keputusan empat kerusi Parlimen, empat DUN

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan petisyen pilihan raya di Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi, di sini, bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha Agung Warisan Loretto S Padua memfailkan petisyen berkenaan di empat kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Pada hari ini (Isnin), kami baru saja selesai memfailkan dokumen berkaitan petisyen pilihan raya yang mana, pada hari ini adalah hari terakhir,” katanya.

Empat kerusi Parlimen melibatkan Kimanis, Sipitang dan Libaran masingmasi­ng dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Anifah, Yamani Hafez Musa dan Datuk Zakaria Edris, manakala Keningau dimenangi Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Empat kerusi DUN adalah Sungai Sibuga, Kundasang, Sook dan Kiulu yang dimenangi Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman, calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Joachim Gunsalam, Datuk Ellron Angin dari Parti Bersatu Rakyat Sabah dan Datuk Joniston Bangkuai (PBS).

Loretto berkata, isi kandungan petisyen pilihan raya berkenaan adalah seperti yang sudah dinyatakan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini.

“Seperti yang dinyatakan, kebanyakan­nya melibatkan politik wang, kotak undi pos dan melambat-lambatkan proses menandatan­gani Borang 14,” katanya.

Tambahnya, pasukan peguam pihak Warisan diketuai peguam Datuk Douglas Lind dan Raymond Szetu.

Sebelum ini, Shafie yang juga Ketua Menteri mengarahka­n sepasukan peguam memfailkan petisyen secara serentak kerana terdapat bukti berlakunya unsur ugutan dan penipuan pada PRU14.

 ??  ?? LORETTO (dua kanan) bersama pasukan peguam yang mewakili Warisan.
LORETTO (dua kanan) bersama pasukan peguam yang mewakili Warisan.
 ??  ?? LORETTO bercakap kepada para wartawan setelah memfailkan petisyen pilihan raya.
LORETTO bercakap kepada para wartawan setelah memfailkan petisyen pilihan raya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia