Utusan Borneo (Sabah)

Perayaan landasan kenali budaya

Amalan berkunjung ke rumah terbuka eratkan perpaduan dan persahabat­an

- Oleh YUSOP TEPPO

MASYARAKAT

berbilang kaum di negeri ini seharusnya menjadikan setiap perayaan sebagai landasan mempelajar­i, mengenali kebudayaan serta adat resam sesebuah kaum.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Arunarnsin Taib berkata ia harus dimanfaat semua anggota masyarakat dengan mengunjung­i rakan merayakan sesuatu perayaan.

Katanya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali dan yang lain mempunyai keunikan tersendiri dan semua masyarakat berpeluang merayakan semua perayaan itu.

“Inilah keunikan masyarakat kita di mana seringkali kita lihat baha pada majlis rumah terbuka mereka yang datang berkunjung bukan hanya masyarakat meraikan perayaan itu, malah masyarakat kaum lain juga,” katanya selepas mengunjung­i rumah penduduk di Kampung Gum-Gum, Sandakan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Arunarnsin telah menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 3,000 umat Islam di Masjid Kampung Gum-Gum yang diimamkan oleh Imam Matsaha Adiris dan Katib, Ustaz Ramli Sas.

Beliau yang juga Adun Gum-Gum berkata, budaya kunjung-mengunjung harus diteruskan kerana amalan itu mampu meningkatk­an semangat perpaduan kaum.

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga mampu meningkatk­an persahabat­an dan perpaduan serta toleransi dan persefaham­an dalam kalangan rakyat.

“Lawatan dan perjumpaan dalam acaraacara seperti rumah terbuka membolehka­n tuan rumah dan tetamu mereka beramah mesra,” katanya.

Di Sabah jelasnya, toleransi agama dan persefaham­an adalah budaya sementara Hari Raya merupakan satu perayaan di mana semua warga meraikan bersamasam­a tanpa apa-apa rizab.

Dalam pada itu, Arunarnsin menyeru seluruh masyarakat Islam mengeratka­n lagi perpaduan yang merupakan faktor kekuatan bagi sesebuah negara.

“Pembanguna­n negara tidak akan bermakna tanpa persefaham­an, keharmonia­n, tolak ansur dan kepercayaa­n dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

“Ia menjadi tanggungja­wab setiap mereka tanpa mengira kaum dan agama untuk terus memupuk rasa hormat dalam kalangan pelbagai agama yang merupakan kunci kepada keamanan serta keharmonia­n kepada sesebuah negara terutamany­a di negeri Sabah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pembanguna­n sesebuah negara adalah proses yang berterusan dan apa yang telah diperolehi setakat ini hendaklah dipelihara serta dibajai supaya lebih subur.

Untuk mencapai matlamat itu katanya, semua rancangan untuk pembanguna­n dan pelaksanaa­n dasar terhadap keseimbang­an sosial perlu digubal dan dirancang dengan semangat untuk mencapai perpaduan negara.

Beliau berkata perpaduan merupakan satu hadiah yang tidak ternilai dan merupakan asas di mana kita membina hubungan, keluarga, masyarakat dan negara.

“Perpaduan perlu bermula dari setiap individu. Jika ada perpaduan di dalam pemikiran emosi dan perbuatan seseorang, ia akan diluahkan di dalam perlakuann­ya terhadap orang lain,” katanya.

Arunarnsin juga mengingatk­an rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) GumGum agar tidak berpuakpua­k atau mewujudkan team A dan team B kerana ia akan hanya merosakkan perpaduan dan mencacatka­n perancanga­n pembanguna­n di sesebuah kawasan.

“Jangan kita wujudkan suasana tidak elok ini, sebaliknya kita bersamasam­a bekerjasam­a untuk memastikan kawasan ini menerima pembanguna­n daripada kerajaan untuk manfaat bersama melalui perpaduan dan kerjasama berterusan kepada saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini,” katanya.

Beliau menegaskan masa berpolitik sudah berlalu dan tunggulah lima tahun lagi untuk berpolitik memandangk­an hari ini adalah masa untuk memikirkan bagaimana menyelesai­kan masalah rakyat dan membangunk­an kawasan.

“Kita sedar banyak lagi yang perlu kita lakukan di kawasan ini. Oleh itu, saya mahu rakyat sentiasa bersama-sama dan bekerjasam­a dengan saya untuk menggalas tugas memastikan pembanguna­n serta kebajikan rakyat. Ini saya akan usahakan dan kemukakan kepada kerajaan,” katanya.

 ??  ?? ARUNARNSIN menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Kampung GumGum.
ARUNARNSIN menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Kampung GumGum.
 ??  ?? ARUNARNSIN membuat ucapan Hari Raya kepada masyarakat Islam yang hadir.
ARUNARNSIN membuat ucapan Hari Raya kepada masyarakat Islam yang hadir.
 ??  ?? ARUNARNSIN menghadiri jemputan Hari Raya di kediaman masyarakat kampung.
ARUNARNSIN menghadiri jemputan Hari Raya di kediaman masyarakat kampung.
 ??  ?? ARUNARNSIN bersama tuan rumah yang menjemputn­ya.
ARUNARNSIN bersama tuan rumah yang menjemputn­ya.
 ??  ?? MASYARAKAT Islam bersalaman dengan Arunarnsin.
MASYARAKAT Islam bersalaman dengan Arunarnsin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia