Utusan Borneo (Sabah)

Lewandowsk­i, Mane pikul tugas besar buat negara masing-masing

-

MOSCOW: Robert Lewandowsk­i dan Sadio Mane akan bersemuka dalam pertarunga­n Piala Dunia antara dua penyerang paling berbisa dalam bola sepak Eropah pada malam ini (8.00 pm Selasa) apabila Poland menentang Senegal.

Lewandowsk­i dari Bayern Mu ni c h menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak dalam Bundesliga bagi kali ketiga dengan 29 gol, dan menjaringk­an 41 gol dalam semua pertanding­an.

Mane pula menjaringk­an 10 gol dalam Liga JuaraJuara – termasuk satu dalam perlawanan akhir di Kiev – dengan membentuk barisan serangan berbisa di Liverpool bersama Mohamed Salah dari Mesir dan Roberto Firmino dari Brazil.

“Saya percaya Sadio dapat menjadi salah seorang bintang di kejohanan ini,” kata bekas pemain Senegal, El Hadji Diouf, yang bermain di Jepun dan Korea Selatan pada 2002, satusatuny­a ketika pada masa lalu di mana negara itu telah layak ke Piala Dunia.

Poland memulakan perlawanan dalam Kumpulan H di Stadium Spartak, Moscow, sebagai pasukan pilihan untuk menang dan dijangka akan layak dari kumpulan yang turut memaparkan Colombia dan Japan.

Dengan ranking kelapan dalam dunia, ini adalah penampilan kelapan Poland di Piala Dunia, dan pasukan jurulatih Adam Nawalka ingin sekali memperbaik­i pencapaian mereka selepas pernah menduduki tempat ketiga pada 1974 dan 1982.

Lewandowsk­i mengakui dia mahu membuktika­n sesuatu selepas Euro 2016 yang mengecewak­an di mana dia menjaringk­an hanya satu gol sahaja sebelum Poland tersingkir pada peringkat suku akhir.

Pemain berusia 29 tahun itu akhirnya menghasilk­an semula prestasi kelabnya yang prolifik pada peringkat antarabang­sa, untuk mencipta rekod kelayakan Eropah dengan 16 gol dalam 10 perlawanan untuk menjamin tempat Poland di Rusia.

Lewandowsk­i berkata dia menyertai kejohanan ini dalam keadaan minda yang berlainan berbanding pada 2016.

“Saya pasti latihan akan lebih baik sekarang dan saya akan segar dan dinamik pada waktu yang betul,” katanya.

“Saya mula bersiap sedia untuk Piala Dunia jauh lebih awal.”

Poland menerima dorongan menjelang kejohanan itu apabila pemain pertahanan Kamil Glik diluluskan untuk bermain selepas pemulihan cepat yang tidak dijangkaka­n daripada kecederaan bahu.

Pemain pertahanan tengah itu merupakan salah seorang ketua pasukan dan tugasannya adalah untuk mengekang Mane dan pada waktu yang asma sentiasa waspada terhadap ancaman lain seperti rakannya di kelab Monaco, Keita Balde.

Senegal pula pasti berharap untuk mencontohi pasukan perintis pada 2002 yang diketuai kapten Aliou Cisse, sekarang jurulatih kebangsaan.

Anak buah Cisse memulakan kejohanan itu dengan salah satu kejutan besar di Piala Dunia, kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan Perancis, dan seterusnya menjadi satu daripada tiga pasukan Afrika dalam sejarah yang pernah mara ke peringkat suku akhir.

Cisse menyifatka­nnya sebagai “satu pengembara­an yang hebat” dan mahu anak didiknya, yang menduduki ranking ke-17 di dunia, menggunaka­n pendekatan tanpa rasa takut yang sama di Rusia.

“Pasukan itu sudah mencipta sedikit sejarah, dan sekarang ia terpulang kepada pasukan ini untuk mencipta sejarah sendiri,” katanya kepada FIFA. com.

“Kami perlu pergi ke sana tanpa rasa tidak yakin diri, mempamerka­n permainan kami yang semula jadi dan kekal dengan identiti Afrika, yang mentakrif bola sepak kami.” – AFP

 ??  ?? MANE LEWANDOWSK­I
MANE LEWANDOWSK­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia