Utusan Borneo (Sabah)

SIASAT HARGA BARANG

Jika masih berlaku peningkata­n selepas sifar GST

-

TAWAU: Kerajaan negeri meminta pihak berkuasa serta badan pemantau harga barangan di Sabah supaya menyiasat jika masih berlaku peningkata­n harga barang di negeri ini meskipun cukai barang dan perkhidmat­an (GST) sudah ditetapkan berkadar sifar mulai 1 Jun lepas.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata arahan itu bagi menangani masalah manipulasi harga barangan dengan terkawal dan segera.

"GST yang enam peratus itu sudah tiada, kalau ada peningkata­n kena siasat. Kita minta supaya agensi sedia ada seperti Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an yang memiliki pegawai penguatkua­sa untuk bantu menangani perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Pengarah Hospital Besar Tawau, Dr Azman Ibrahim di sini, Selasa.

Mohd Shafie berkata langkah menghapus GST itu antara janji manifesto kerajaan pusat dan Sabah menyerahka­n tindakan lanjut kerajaan pusat bagi menangani isu GST sehingga peringkat negeri.

Sementara itu, Mohd Shafie mahu semua menteri kabinet negeri yang dilantik supaya turun padang bagi memastikan keperluan rakyat diketahui.

“Jangan lupa dengan rakyat, saya tidak mahu mereka (menteri) berada di pejabat setiap bulan, setiap minggu dan mereka perlu turun ke bawah berjumpa rakyat.

Jangan mereka ini hanya mendengar cadangan (misalnya) buat jalan, siasat sama ada jalan itu diperlukan, siasat sama ada perubatan cukup atau tidak cukup kena turun periksa, jangan hanya kita dengar melalui WhatsApp,” katanya

Menurutnya ketuaketua jabatan juga perlu menggalas tanggungja­wab sama dan turun gelanggang mengetahui kepentinga­n rakyat.

“Jangan hanya datang surat ke pejabat kita dan kita hanya menguruska­n surat tersebut (tanpa periksa),” katanya yang akan turut melakukan lawatan mengejut ke banyak kawasan di Sabah ini. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia