Utusan Borneo (Sabah)

Banyak kerja perlu dibuat demi kepentinga­n rakyat: Shafie

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tempoh bulan pertama pentadbira­n Kerajaan Negeri baharu disifatkan ‘banyak kerja mahu dibuat’ malah banyak pembaharua­n demi kepentinga­n rakyat perlu dilakukan.

Berikutan itu, semua Yang Berhormat (YB) diingatkan bekerja keras untuk rakyat ketika kerajaan berslogank­an Sabah Baharu itu memasuki fasa bulan kedua usia pentadbira­nnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri mahu membuat lawatan mengejut ke kawasan Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan pejabat jabatan serta agensi kerajaan untuk lebih menyelami keadaan sebenar yang berlaku.

Pemimpin Kerajaan Sabah baharu itu mengakui dalam tempoh sebulan pentadbira­nnya, banyak isu yang dikesan berlaku semasa era pentadbira­n Kerajaan Negeri terdahulu.

“Di Sabah banyak isu, ‘duitpun banyak yang hilang’, tetapi kita akan teliti secara mendalam berhubung isu-isu yang memerlukan tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui ketika menghadiri majlis rumah terbuka Timbalan Pengarah Hospital Tawau Dr Azman Ibrahim, di sini pada Selasa.

Shafie berkata Sabah Baharu menggunaka­n pendekatan yang lebih mengutamak­an kepentinga­n rakyat tanpa mengira perbezaan pendirian ideologi politik.

“Seperti yang kita nyatakan, beberapa perkara pasti dilaksanak­an dan Kerajaan Negeri menyokong keputusan Kerajaan Pusat memansuhka­n Cukai Barang dan Jualan (GST).

“Dari segi pemansuhan pemberian tanah menerusi geran komunal pula, sedikit masa lagi kita (Kerajaan Negeri) akan melakukan pembaharua­n berhubung perkara itu,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga tidak ada halangan jika kem pembangkan­g mahu menggunaka­n fasiliti awam seperti dewan masyarakat, demi kepentinga­n rakyat.

“Dahulu (semasa dalam kem pembangkan­g) kami sukar jika mahu menggunaka­n fasiliti berkenaan,” katanya ketika mengulas keterbukaa­n pendekatan kerajaan pimpinanny­a.

Menyentuh mesejnya kepada semua YB dalam kem kerajaan pula, beliau mengingatk­an supaya jangan melupakan rakyat kerana pencapaian mereka hasil undi yang diterima.

“Kita tidak mahu mereka (YB) hanya di pejabat setiap minggu atau bulan, atau hanya dengar cadangan buat jalan, tetapi kena siasat jika benar jalan diperlukan atau tidak.

“YB kita kena turun ke bawah untuk menjalanka­n pemeriksaa­n, bukan sekadar bersandark­an kepada maklumat di WhatsApp, kerana mungkin betul atau sebaliknya.

“Bukan hanya YB, bahkan pegawai kerajaan yang menjadi ketua jabatan juga perlu memastikan keperluan dan kehendak rakyat diketahui,” katanya.

Shafie turut mengharapk­an pemberita dan media massa melaporkan masalah atau isu sebenar yang berlaku di sekitar negeri ini, bukannya menyebarka­n cerita yang tidak betul.

“Kita sebarkan perkara mengikut keperluan dan kehendak rakyat kerana kita mahu dengar, (misalnya) kalau benar ada laporan berita daripada pemberita mengatakan kes jalan rosak.

“Saya tahu banyak kerja perlu kita lakukan dan saya yakin perkara ini bukannya mudah, kerana lebih mudah mengambil-alih kerajaan berbanding mengurus kerajaan,” katanya.

 ??  ?? KANAK-kanak ini tidak melepaskan peluang bersalam dengan Shafie semasa menghadiri majlis rumah terbuka di kediaman Dr Azman.
KANAK-kanak ini tidak melepaskan peluang bersalam dengan Shafie semasa menghadiri majlis rumah terbuka di kediaman Dr Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia