Utusan Borneo (Sabah)

Pantai Labuan tercemar, semua pihak perlu bekerjasam­a

- Oleh HENRY BATING membuang sampah merata-rata. SAMPAH lautan dihanyut ombak ke pantai.

LABUAN: Keindahan pantai yang mengelilin­gi kira-kira 98 kilometer keluasan pulau Labuan tercemar oleh sikap pengunjung dan ketiadaan penyelengg­araan berjadual pihak pelaksana kontrak.

Evelyn Terrence yang sudah bermastaut­in 40 tahun di Labuan mengepos gambar lokasi pantai hadapan Kompleks Sukan Air Labuan ke kumpulan muka buku ‘We Love Labuan’ (WeLL) 16 Jun lalu yang dicemari sampah sarap tinggalan pengunjung tanpa membuangny­a di tong-tong yang disediakan.

“Kita sebagai masyarakat pencinta alam perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar dan harus memupuk kesedaran itu dalam kalangan masyarakat setempat khususnya yang sering menjadikan pantai sebagai tempat santai dan berkelah,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya tong sampah yang disediakan penuh, pengunjung hendaknya membawa balik sampah mereka untuk

PENGUNJUNG

dikumpulka­n dalam tong yang ada di rumah.

“Niat saya hanya meningkatk­an kesedaran menjaga keindahan dan kebersihan pantai agar pantai lebih kemas dan bersih bagi menarik lebih ramai pelancong datang yang seterusnya menyumbang pertumbuha­n ekonomi setempat,” katanya.

Menurut Evelyn, Kompleks Sukan Air Labuan menempatka­nbanyakpre­mis medan selera manakala tempat itu merupakan venue penganjura­n sukan air antarabang­sa setiap tahun.

Sebelumnya, Poh Swee Tin mengepos di muka buku tentang hamparan pantai United Nation Beach Labuan yang terletak di Layang Layangan yang terbiar tanpa penyelengg­araan.

“Salam Ramadan semua, saya hanya ingin tahu adakah United Nation Beach Labuan masih mempunyai kontraktor membersihk­an pesisiran pantai?” katanya dengan menyertaka­n dua gambar pantai berselerak yang diambil di hadapan Mayang Sari 11 Jun lalu.

Beliau menyatakan pencemaran keindahan tempat yang popular kepada orang ramai untuk beriadah itu belum termasuk keadaan sama di lokasi lain seperti pantai Pancur Hitam, Pohon Batu dan Manikar.

“Pantai jadi timbunan botol mineral serta sampah yang terbiar di tepi pantai,” jelasnya sambil bertanya siapakahya­ngpatutmem­buat tinjauan ke tempat-tempat rekreasi itu sekiranya memang ada kontraktor yang dipertangg­ungjawabka­n menjaga keindahan dan kebersihan.

“Keadaan di pantai Chimney Trail Bukit Kubong juga lawa tapi timbunan sampah menghampak­an,” katanya sambil bertanya adakah persekitar­an begitu yang mahu ditawarkan untuk menjadikan Labuan sebagai destinasi pelanconga­n?

Poh berkata, satu langkah harus dijalankan bermula dari diri sendiri dan dengan bantuan badan berkenaan, pasti Labuan lebih bersih serta indah dan pasti dapat diperindah­kan untuk pelancong datang.

 ??  ??
 ??  ?? (Kanan)
(Kanan)
 ??  ??
 ??  ?? PANTAI terbiar mencacat ghairah pengunjung datang.
PANTAI terbiar mencacat ghairah pengunjung datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia