Utusan Borneo (Sabah)

SPRM siasat Finas, KKMM tidak akan berkomprom­i

KKMM tidak berkomprom­i, kata Gobind

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjalanka­n siasatan berhubung beberapa peruntukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk tahun 2017 yang dipertikai­kan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata perkara tersebut telah disahkan oleh pihak SPRM yang mana beliau dimaklumka­n pegawaipeg­awai SPRM telah datang ke ibu pejabat FINAS pada 7 Jun lalu.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa KKMM tidak akan bertolak ansur atau berkomprom­i dalam apa jua perkara yang melibatkan elemen rasuah, ketirisan ataupun salah guna kuasa dalam mana-mana jua agensi atau jabatan di bawah bidang kuasanya.

Perkara yang melibatkan elemen rasuah, ketirisan ataupun salah guna kuasa dalam industri kreatif negara kita, sekiranya ada, boleh melemahkan persaingan sihat yang perlu bagi mengembang­kan industri ini dan boleh melumpuhka­n perkembang­an industri ini secara keseluruha­n,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tegasnya sekiranya siasatan menunjukka­n wujudnya sebarang elemen berkenaan maka tindakan tegas perlu diambil mahupun secara undang-undang ataupun secaradala­manbagimen­angani perkara tersebut dengan sertamerta.

“Olehitu,SPRMseharu­snya diberikan ruang yang sepenuhnya dalam siasatan ini dan pihak-pihak berkaitan perlu memberi kerjasama yang diperlukan untuk melengkapk­an siasatan,” katanya.

Beliau berharap siasatan itu juga akan melihat secara mendalam kepada atur cara dalam mana peruntukan­peruntukan FINAS digunakan pada masa lalu.

“Sekiranya didapati wujudnya sebarang kelemahan atau kekurangan, cadangan-cadangan bagi memperkuku­hkannya dapat dikemukaka­n untuk pertimbang­an KKMM,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia