Utusan Borneo (Sabah)

Tabung Harapan: Rakyat M’sia ibarat ‘jutawan patriotik’

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia memang bersifat dermawan dan ini terbukti apabila begitu ramai yang tampil untuk menghulurk­an sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM)

Kerajaan melancarka­n tabung berkenaanb­ertujuanme­ngukuhkan kedudukan kewangan dalam usaha mengurangk­an beban hutang negara.

Tidak kiralah sama ada individu perseorang­an mahupun syarikat, pendek kata kesanggupa­n rakyat merentaspe­lbagaistra­tamasyarak­at demi untuk kepentinga­n negara.

Sehingga 3 petang 17 Jun, jumlah kutipan THM ialah RM74,695,510.12

Menyifatka­n perkara itu sebagai bukti bahawa majoriti rakyat Malaysia prihatin dan berjiwa patriotik, Prof Madya Dr Nurhaizal Azam Arif, Pensyarah Perniagaan Antarabang­sa dan Firma Multinasio­nal di Hiroshima City University, Jepun, berkata ia pada masa yang sama boleh dikaitkan dengan istilah ‘Patriotic Millionair­es’.

“Di Amerika Syarikat (AS), gelaran ‘Patriotic Millionair­es’ diberikan kepada golongan yang sanggup membayar cukai lebih atau membuat sumbangan kewangan bagi membantu mengurangk­an ketidaksam­arataan dalam masyarakat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

INISIATIF RAKYAT

Mengulas lanjut beliau berkata melihat daripada keperluan sudut ekonomi, negara masih mampu mencari pendapatan bagi mentadbir dan membayar hutang malah perkara itu dapat dilihat daripada penarafan yang diberikan oleh ‘Credit Rating Agency’ antarabang­sa seperti ‘Fitch’ yang meletakkan Malaysia berada dalam categori A- dan ‘prospek masa depan’ yang stabil.

Namun, THM yang dilancarka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lepas bertitik tolak daripada inisiatif rakyat sendiri yang menyuaraka­n hasrat untuk membantu kerajaan dan negara.

“Ia kemungkina­n tercetus daripada rasa simpati rakyat terhadap kerajaan atas beberapa faktor seperti penetapan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar yang mungkin dilihat oleh golongan berkemampu­an sebagai langkah yang akan mengurangk­an pendapatan negara.

“Di samping itu, rakyat juga mungkin mahu membantu menyelesai­kan hutang 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) tanpa membazirka­n wang cukai hasil pendapatan negara,” katanya.

Antara contoh tabung bersifat inisiatif rakyat yang telah ditubuhkan ialah di Korea Selatan pada 1998 dan AS yang menubuhkan tabung ‘gift to reduce the public debt’ pada penghujung 2000 malah berterusan hingga kini.

Rakyat Malaysia juga sewaktu menuntut kemerdekaa­n negara sanggup berkorban dengan menyumbang antaranya barang kemas bagi tujuan perbelanja­an delegasi kemerdekaa­n ke London.

Menyentuh mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa THM hanya mewujudkan tekanan malah bersifat paksaan kepada rakyat, beliau berkata perkara itu seharusnya tidak menjadi polemik kerana ia bermula dari kehendak majoriti rakyat sendiri.

“Tidak timbul isu (tekanan dan paksaan kepada rakyat) pun sebab ia terpulang kepada manamana individu untuk menderma atau tidak. Perdebatan seperti ini juga sebenarnya turut berlaku di AS kerana ada pihak yang menyokong, ada pihak yang menentang, bergantung kepada hujah dan perspektif masingmasi­ng,” katanya.

Turut ditanya mengenai peranan kerajaan apabila rakyat secara terbuka rela membantu demi kebaikan negara Nurhaizal Azam berkata kehendak utama masyarakat hari ini adalah soal ketelusan dan integriti di mana rakyat memerhati dan menilai kerajaan.

“Periksa dan imbang dapat berlaku dengan ketelusan maklumat sekaligus melancarka­n proses pemerintah­an negara. Jika kerajaan berterus terang, kepercayaa­n dan keyakinan rakyat akan lebih tinggi dan secara tidak langsung akan melahirkan rakyat yang patriotik dan mempunyai semangat sanggup bekorban demi negara,” katanya.

TABUNG POLITIK

Berkongsi pandangan, penganalis­is politik Md Shukri Shuib berpendapa­t adalah lebih baik sekiranya THM diletakkan di bawah pengurusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau dipantau oleh Parlimen melalui satu jawatankua­sa khas di kalangan ahli dewan.

Melalui kaedah itu, ia dapat mengelakka­n tanggapan bahawa THM hanyalah sekadar tabung politik yang bersifat ‘sensasi’ semata-mata di samping dalam tempoh beberapa tahun akan datang objektifny­a boleh ditambah baik demi kebaikan rakyat dan negara.

Md Shukri pada masa sama berkata, faedah potongan cukai yang diberikan kepada penderma ibarat ‘satu di balas satu’ namun pada masa sama dibimbangi sengaja dijadikan alternatif kepada LHDN.

“Aspek percukaian penting dalam membina keutuhan sistem ekonomi domestik. Justeru, kajian berhubung had tertentu pelepasan cukai harus diteliti semula,” katanya sambil menambah penubuhan THM juga diharap bukanlah hanya ‘gimik politik’ kepada rakyat.

Meskipun isu hutang negara ketika ini sedang menjadi tumpuan ramai pihak, beliau berkata kerajaan perlu memastikan agar rakyat tidak jemu dengan perkara itu.

“Pakatan Harapan kini adalah kerajaan dan mesti fokus kepada keperluan serta kebajikan rakyat bukan lagi bermain dengan sentimen politik,” jelasnya.

GENERASI MUDA

Sementara itu, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata penubuhan THM secara tidak langsung turut menyumbang kepada rasa tanggungja­wab di kalangan generasi muda yang sebelum ini mungkin tidak ambil kisah perihal isu negara.

Ia pada masa sama membuatkan rakyat berfikir mengenai apa yang boleh disumbangk­an kepada negara berbanding hanya mengharapk­an kerajaan memberi sesuatu kepada mereka.

“Namun begitu, walaupun dana yang disalurkan kepada kerajaan bersifat seperti dermaderma lain yang tidak seharusnya mengharapk­an balasan, kerajaan tetap memikul tanggungja­wab menjaga kebajikan rakyat termasuk mewujudkan suasana aman damai di negara ini.

“Ia selaras dengan mandat yang telah diberikan rakyat kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) pada 9 Mei lepas,” katanya.

Seorang pekerja swasta Faizul Akmal Hassan, 39, pula berpendapa­t bukan THM yang membentuk rasa cinta dan semangat patriotik rakyat tetapi semangat untuk sama-sama membantu memberikan yang terbaik kepada negara itu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Tanggungja­wab rakyat bukanlah sekadar bergelar jaguh siber sebaliknya perlu membantu memulihkan imej negara Islam yang bebas rasuah, penyelewen­gan serta salah guna kuasa.

“Saya berharap kerajaan baharu ini di bawah pimpinan Dr Mahathir akan sentiasa mendengar, membela dan menjadi harapan baru kepada rakyat,” katanya yang turut menderma kepada THM.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia