Utusan Borneo (Sabah)

Penyanyi soprano Barbara Hannigan diva serba boleh

-

DUNIA konduktor atau pemimpin orkestra yang nampak serius dan menjemukan tidak pernah melihat sesuatu seperti Barbara Hannigan.

Penyanyi Kanada itu bukan sahaja salah seorang soprano paling dicari-cari di dunia, diva unik yang juga seorang pelakon yang memukau – dia juga menggempar­kan sebagai seorang konduktor.

Kerana Hannigan sering bernyanyi dan memimpin orkestra dalam masa yang sama.

Video yang menunjukka­nnya di atas podium telah tular, dan bukan hanya kerana Hannigan kelihatan seperti “seorang dewi” – seperti apa yang sering digambarka­n oleh pengkritik.

Dia pernah memimpin orkestra dan menyanyika­n lagu Ligeti yang mencabar ‘Mysteries of the Macabre’ dengan memakai pakaian vinil S&M yang berwarna hitam.

Album sulungnya sebagai penyanyi dan konduktor ‘Crazy Girl Crazy’, memenangi anugerah Grammy dan beberapa anugerah utama lain pada tahun ini.

Sesuatu yang bagus bagi seorang gadis dari sebuah perkampung­an di

Nova Scotia di mana jumlah populasi adalah kurang daripada jumlah tenaga kerja di Paris Opera.

“Saya tidak mendengar opera sehingga saya berusia 15 atau 16 tahun apabila sebuah syarikat menjelajah ke daerah saya,” kata Hannigan kepada AFP.

- ‘Saya menjadi apa yang saya nyanyikan’ Dan

ini mungkin sebabnya kenapa dia sesuka hati membawa watak yang begitu bersemanga­t dan tangkas seperti ‘Lulu’ arahan Berg dan filem arahan George Benjamin ‘Written on Skin’ – yang Benjamin tulis untuk Hannigan – yang telah menarik ramai orang untuk meminatiny­a.

Dia turut dipaparkan dalam opera terbaharu Benjamin ‘Lessons in Love and Violence’, yang akan dibuka di Amsterdam pada hujung bulan ini. Ia mengadakan tayangan perdana yang berjaya di Royal Opera di London, di mana pengkritik memuji “bakat vokal Hannigan yang begitu hebat … dan ketangkasa­nnya yang luar biasa”. Pengkritik di Perancis juga begitu kagum sebulan sebelum itu dengan cara yang mempersemb­ahkan karya satu wanita yang mencabar ‘La Voix Humaine’, di mana dia membawa watak seorang wanita yang tewas kepada tekanan jiwa ketika bertelefon.

“Ketegangan ketika membuat persembaha­n adalah sangat sukar,” Hannigan yang keletihan mengakui selepas raptai di Paris Opera.

“Guru nyanyian saya berkata kepada saya, ‘Tidak dapatkah anda membuat semua itu tetapi hanya melakonkan sahaja ketegangan itu?’

“Dan saya kata, ‘Tidak. Saya tidak dapat.’ Saya tidak boleh melakonkan sahaja ketegangan itu, saya perlu melakukann­ya,” katanya kepada AFP.

“Saya menjadi apa yang saya nyanyikan. Saya menjadi watak itu, saya menjadi muzik itu. Terdapat juga peratusan sahaja di dalamnya.”

- Pelanggar acuan Pendekatan

ala ‘Method’ itu amat jarang sekali ada dalam opera, di mana Hannigan, yang berasal dari Waverley dekat Halifax, telah menjadi perintis dan pendokong muzik kontempora­ri dan artis muda.

Wanita berusia 47 tahun itu tahu dia adalah pelanggar acuan. Di tengah-tengah sebuah konsert untuk golongan bawah usia 16 tahun di Munich pada Januari lalu, “saya melihat budakbudak itu dan saya berkata kepada diri sendiri, ‘saya tidak pernah melihat seorang wanita di atas podium ketika saya muda, dan sudah tentu tidak pernah melihat seorang penyanyi yang memimpin orkestra dalam masa yang sama”.

“Pada usia yang sangat muda, 17 atau 18 tahun, saya jatuh cinta dengan muzik kontempora­ri, minat mendalam yang jelas dikongsi oleh begitu sedikit orang di sekeliling saya, dan saya memutuskan untuk menyahut panggilan hidup ini,” kata Hannigan.

Komitmen ekstrim yang luar biasa itu adalah perkara yang membuat audiens kembali semula, katanya. Dia menyebut seorang lagi warga Kanada, Glenn Gould, konduktor Simon Rattle dan Jackie Chan yang akrobatik sebagai inspirasin­ya.

Anda melihat api itu dengan dekat dalam dokumentar­i pendek yang dibuat oleh temannya, pelakon Perancis dan penjahat Bond, Mathieu Amalric, bersamanya ‘C’est presque au bout du monde’ (Ia hampir di hujung dunia).

“Seperti dalam sukan, orang ramai mahu datang dan melihat sesuatu dipersemba­hkan pada tahap yang sangat tinggi dengan disiplin dan fokus yang sangat, sangat kuat,” katanya kepada AFP.

“Dan sama seperti sukan, atlet-atlet itu mempunyai sejenis karisma, dan kita tidak dapat mengalih pandangan daripada mereka.”

Tetapi Hannigan tahu keupayaann­ya terbatas.

“Apabila saya semakin tua, saya akan semakin kurang bernyanyi, dan saya akan lebih kerap memimpin orkestra. Dalam satu segi, ia menyedihka­n bagi saya, kerana seperti seorang atlet, saya hilang keanjalan fizikal,” ujarnya.

“Lambat-laun itu akan berlaku. Tetapi dari sudut lain, saya ada ramai penyanyi muda yang saya sedang bimbing sebagai mentor dan saya mengalu-alukan kesempatan untuk memimpin orkestra dan membuat persembaha­n bersama mereka.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia