Utusan Borneo (Sabah)

Bekas wartawan, Shamry tanding Ketua Pemuda Umno Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Bekas wartawan akhbar tempatan Shamry M Sani sekali lagi akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tawau pada pemilihan parti itu kelak.

Pengalaman lebih 20 tahun sebagai wartawan politik malah mengetuai dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam platform berbeza, menjadi penanda aras kepimpinan­nya.

Shamry yang juga pengerusi Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (Pewarta) bertekad menguatkan sayap parti itu dalam usaha membuktika­n Umno terus relevan.

“Kita tahu Umno mengalami kejutan apabila banyak kerusi terlepas ke parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), jadi kita perlu bangkit dengan semangat baharu.

“Kita mahu memastikan imej baharu Pemuda Umno cukup segar serta sahabat mesra yang lebih mudah didekati anak muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Berpengala­man sebagai pengerusi Persatuan Bela Belia Tawau (Pembela) selain ahli jawatankua­sa Pemuda Umno, beliau mahu memanfaatk­an pengalaman­nya selama ini.

Menurutnya, usaha mengukuhka­n Umno ketika ini mungkin tidak mudah namun bukan mustahil, malah kekhilafan lalu perlu menjadi iktibar demi kelangsung­an perjuangan.

“Sekiranya diberi peluang untuk menerajui sayap penting dalam Umno Tawau ini, sudah tentu kita mahu meneruskan agenda parti memperjuan­gkan pembelaan rakyat marhaen.

“Mungkin kita berada di dalam posisi kem pembangkan­g, namun harus diingat bahawa di Parlimen Tawau kita masih menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas.

“Kemenangan di DUN Apas membuktika­n Umno mempunyai sokongan di akar umbi, begitu juga di DUN Balung sebelum wakil rakyatnya ‘lompat’ ke parti lawan,” katanya.

 ??  ?? SHAMRY
SHAMRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia