Utusan Borneo (Sabah)

Pesara rugi kira-kira RM288,000 ditipu Macau Scam

-

JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerajaan kerugian RM288,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam selepas didakwa terlibat dalam kes dadah, penyeludup­an, lari cukai serta pengubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata lelaki berumur 62 tahun itu kerugian sejumlah wang berkenaan apabila melakukan beberapa transaksi pembayaran ke empat akaun sindiket berkenaan kononnya sebagai bayaran wang jaminan waran tangkap dan yuran guaman.

“Menerusi laporan polis yang dibuat pada 12.30 tengah hari, Sabtu lepas (16 Jun), mangsa yang merupakan pesara Penolong Pegawai Perubatan di Pejabat Kesihatan negeri ini mendakwa dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai ‘pegawai kastam’ dari Alor Setar, Kedah, pada 17 Mei lepas.

“Lelaki itu menyatakan mangsa telah melakukan kesalahan menyeludup iPad dari Thailand dan pihaknya (Kastam Alor Star) telah mengeluark­an waran mahkamah kepada mangsa kerana tidak membayar cukai barang dan perkhidmat­an (GST)berkaitanp­embelianiP­ad tersebut,” katanya menerusi kenyataan, Selasa.

AbdulWahib­berkataber­mula dari situ, mangsa mendakwa dia kemudian dihubungi dua wanita dan seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai anggota polis berpangkat Sarjan serta Inspektor dari Alor Star, yangkononn­yadapatmem­bantu mangsa menyelesai­kan masalah berkenaan.

Beliau berkata seorang daripada wanita terbabit mengarahka­n mangsa memberikan maklumat berkaitan buku-buku bank mangsa dan memindahka­n wang daripada semua akaun bank ke dalam hanya satu akaun bank mangsa yang mengandung­i lebih RM200,000 wang pencen milik mangsa.

Menurut Abdul Wahib, wanita tersebut kemudian turut meminta mangsa membuat pembayaran keseluruha­nnya berjumlah RM54,000 di mana mangsa telah mendeposit­kan wang berkenaan dalam empat akaun bank berasingan antara 21 Mei dan 2 Jun lalu bagi tujuan jaminan waran tangkap dan bayaran yuran guaman tersebut. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia