Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan Hospital Tawau dinaik taraf

Beri keselesaan kepada pesakit, pelawat

- Oleh YAP SIONG HAN

TAWAU: Kementeria­n Kesihatan dan Kesejatera­an Rakyat (KKKR) akan mengambil inisiatif bagi menaik taraf fasiliti hospital di sini.

Menterinya Stephen Wong berkata, Hospital Tawau selamainid­ibelenggup­elbagai isu sehingga menyebabka­n pesakit dan pelawat tidak selesa dengan keadaannya.

“Antara masalahnya adalah seperti kawasan parkir kereta. Pada masa hadapan, bangunan baharu hospital ini akan disiapkan... keadaan itu sudah pasti akan menyebabka­n kurangnya kawasan parkir.

“Kini, saya sedang berusaha untuk meminta kebenaran daripada kerajaan negeri bagi mendapatka­n sebidang tanah di sekitar hospital ini untuk membuat kawasan parkir,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hospital Tawau pada Isnin.

Beliau berkata, keadaan penghawa dingin yang digunakan oleh hospital itu sudah ketinggala­n zaman dan ia wajar ditukar.

Katanya, bilik simpanan bekalan ubat-ubatan juga perlu dinaik taraf untuk kebaikan bersama.

“Banyak lagi kemudahan di hospital ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

“Saya meminta pihak pengurusan hospital ini mengemukak­an isu atau masalah yang dihadapi dan kerajaan akan bersedia untuk membantu,” katanya.

Menurut Stephen, pelbagai bahagian di hospital berkenaan juga masih kurang dari segi kakitangan dan semua perkara berkaitan akan diberi perhatian sewajarnya.

Hadir sama mengiringi lawatan itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Jimmy Wong, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Phoong Jin Zhe, Setiausaha Tetap KKKR Janet Chee, Pegawai Khas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Koh Kian Leong serta Timbalan Pengarah Hospital Tawau Dr Azman Ibrahim.

 ??  ?? STEPHEN (kiri) mendengar taklimat daripada Azman (kanan), turut kelihatan ialah Jimmy (dua kiri), Janet (dua kanan) dan Koh (belakang).
STEPHEN (kiri) mendengar taklimat daripada Azman (kanan), turut kelihatan ialah Jimmy (dua kiri), Janet (dua kanan) dan Koh (belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia