Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur mengaku tidak salah hina polis

-

IPOH: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan termasuk menghina anggota penguat kuasa Selasa lalu.

Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 25, membuat pengakuan itu selepasked­ua-duapertudu­han ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohamad Pauzi.

Berdasarka­n pertuduhan pertama, Muhammad Noor Faqih didakwa menghina seorang pegawai polis dengan perkataan lucah di Pejabat Enkuiri, Balai Polis Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada 12 Jun lalu kira-kira pukul 6 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, mengikut pertuduhan kedua Muhammad Noor Faqih didakwa membuat ugutan jenayah terhadap seorang orang awam di tempat dan hari yang sama pada kira-kira 4.20 petang.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Muhammad Noor Faqih membuat ugutan tersebut ke atas Thong Yin Ling selepas keduaduany­a terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Pendakwaaa­n dikendalik­an Pegawai Siasatan dan Perundanga­n, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh ASP Zuraida Mohd Noor, manakala tertuduh diwakil peguam M.Thangavelo­o.

Mahkamah membenarka­n ikat jamin RM1,000 bagi pertuduhan pertama serta RM3,000 untuk pertuduhan kedua dan menetapkan 19 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, seorang pengawal keselamata­n, P.Baskaran mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya kepada orang awam di KM12.2 Jalan PusingLaha­t dekat sini, kira-kira 5.15 petang pada 9 Jun.

Baskaran didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatka­n lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen percubaan dibatalkan.

Mahkamahme­mbenarkant­ertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.Bernama

 ??  ?? SEORANG pengawal keselamata­n, P Baskaran,31, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya kepada orang awam di KM12.2 Jalan Pusing-Lahat, pada Selasa.
SEORANG pengawal keselamata­n, P Baskaran,31, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya kepada orang awam di KM12.2 Jalan Pusing-Lahat, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia