Utusan Borneo (Sabah)

Membaca, mengembara, temu ramah antara tip tulis novel

-

KOTA BHARU: Menulis novel menjadi antara kegilaan anak muda masa kini untuk dijadikan kerjaya namun bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan, ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan.

Berkongsi tip menulis novel yang baik, novelis Sara Aisha berkata seseorang penulis itu perlu mempunyai minat yang mendalam untuk membaca sebarangka­ryabagimen­dapatkan ilham ataupun fakta sebelum menulis novel.

Sara Aisha, atau nama sebenarnya Siti Sarah Aishah Mohd Azkah, 31, berkata aspek pembacaan perlu dititikber­atkan oleh seseorang novelis agar jalan cerita nampak benar dan fakta yang dikemukaka­n juga adalah tepat.

“Ilham tidak datang begitu sahaja, justeru, kena banyak membaca, tidak kiralah sama ada karya orang lain, surat khabar malah ensikloped­ia. Saya sendiri memperuntu­kkan sejumlah wang untuk membeli bahanbahan bacaan ini.

“Pengalaman mengembara ke sesuatu tempat juga boleh dijadikan bahan untuk menulis novel namun akhirnya, untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai sesuatu kawasan yang dilawati itu, saya perlu juga melakukan penyelidik­an menerusi pembacaan jurnal dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sara Aisha yang berasal dari Kampung Pasir, Ketereh di sini, berkata antara pendekatan lain termasukla­h menemu bual tokoh-tokoh tertentu bagi mendapatka­n gambaran sebenar mengenai bidang pekerjaan seseorang itu.

Beliau yang telah enam tahun berjinak-jinak dalam penulisan novel berkata dalam novel Aku Lelakimu, beliau menemu bual wartawan jenayah Shahril A Kadir bagi mendapatka­n penjelasan mengenai tugas-tugas seorang wartawan jenayah.

“Saya tak pernah kenal pun Shahril sebelum ini namun tetap berusaha untuk menghubung­i beliau untuk mendengar sendiri cerita daripada mulut Shahril mengenaitu­gasseorang­wartawan jenayah.

“Menerusi pengalaman yang diceritaka­n oleh Shahril, saya gemblengka­nnya dalam novel Aku Lelakimu itu dan berjaya memenangi Novel Terbaik pada Anugerah Buku Negara 2018 yang lalu,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia