Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk kampung tunai tanggungja­wab bayar bil elektrik

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) melahirkan penghargaa­n kepada penduduk Kampung Forest dan Kampung Batu Sapi di sini kerana melunaskan tunggakan bil elektrik mereka berjumlah RM24,591.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, tunggakan itu berjaya dibayar setelah beberapa sesi perbincang­an dan permuafaka­tan dibuat oleh kedua belah pihak bersama SESB.

Sehubungan itu, penduduk di kedua-dua kampung berkenaan diminta untuk membuat pembayaran bil elektrik mengikut tarikh yang ditetapkan bagi mengelak masalah pemotongan bekalan berlaku.

Katanya, ketika ini Kampung Batu Sapi masih mempunyai tunggakan bil sebanyak RM16,659.45, bagaimanap­un pihak SESB telah memberikan kelonggara­n untuk pembayaran dibuat sebelum atau pada 25 Jun ini.

Pengurusan kutipan bil elektrik penduduk kedua-dua kampung itu dilakukan oleh Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan dipantau oleh Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM), setelah perkhidmat­an sebuah syarikat yang bertanggun­gjawab sebelum ini telah ditamatkan oleh Suruhanjay­a Tenaga.

Kampung Forest mempunyai kepadatan penduduk seramai 8,000 orang manakala Kampung Batu Sapi seramai 5,575 orang.

Mohd Yaakob berharap agar perkhidmat­an bekalan elektrik yang berterusan akan dapat dinikmati oleh penduduk kampung berkenaan dan menyinari hari-hari mereka sepanjang sambutan Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia