Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran penggunaan beg plastik secara berhemah masih rendah

-

PUTRAJAYA: Kesedaran mengenai penggunaan beg plastik secara berhemah masih sangat rendah di kalangan rakyat Malaysia, kata seorang pencinta alam sekitar Andrew Sebastian.

Sebastian, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ekopelanco­ngan dan Pemulihara­an Malaysia (ECOmy) berkata penggunaan beg plastik di kedai-kedai runcit masih merupakan masalah besar kerana ia adalah bahan cemar utama bagi sisa pepejal negara yang terus mengganggu ekosistem marin negara.

“Sudah tiba masanya untuk kita membincang­kan dengan serius dan menghasilk­an pelan tindakan dengan segera yang memudahkan pengguna dan selamat untuk alam sekitar. Saya percaya ia berkaitan dengan cara pemikiran rakyat kita. Kita memerlukan perubahan paradigma menyeluruh untuk memahami dan menangani isu ini,” katanya kepada Bernama.

Mengikut Persatuan Pengilang Plastik Malaysia, setiap rakyat Malaysia menggunaka­n kira-kira 300 beg plastik yang digunakan sekali sahaja, dalam setahun.

Pada 28 Mei, Pertubuhan Bangsa Bersatu telah melancarka­n kempen global #BeatPlasti­cPollution untuk mengurangk­an pencemaran plastik bagi memenuhi objektif Pembanguna­n Mampan dan Perjanjian Perubahan Iklim Paris untuk memastikan penguranga­n penggunaan plastik yang akan mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau.

Sebastian percaya dalam kebanyakan kes, perubahan kecil yang dilakukan pengguna dapat dilihat memberikan kesan besar ke atas kawasan sekitar dan gaya hidup yang lebih sihat seperti membawabeg­membeli-belah sendiri, insentif penggunaan pembungkus­an bahan-bahan boleh urai, dan penalti yang ketat.

“Pertamanya, kita perlu tahu jenis plastik yang perlu dihentikan penggunaan­nya. Penggunaan plastik sekali guna, perlu dikurangka­n dan dihentikan di kalangan penduduk bandar dan luar bandar dengan pendekatan kempen kesedaran yang berbeza,” katanya.

Oleh kerana sehingga hari ini tiada langkah-langkah konkrit yang diambil, Sebastian percaya setiap orang perlu mengambil tindakan proaktif dan memulakan kerja-kerja pembersiha­n dalam masyarakat untuk membawa keseimbang­an antara manusia dan alam.

Sementara itu, SP Setia telah bekerjasam­a dengan Ecocentric Transition bagi merayakan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun, bersama sekumpulan 80 kanak-kanak di bawah Yayasan Setia, yang telah mengambil empat sekolah di Johor sebagai anak angkat mereka bagi menanamkan dan mempromosi­kan nilai penjagaan alam sekitar.

Pengerusi SP Setia Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin berkata kempen #BeatPlasti­cPollution itu akan mendidik pelajar-pelajar muda ini meningkatk­an kesedaran mempelajar­i langkah-langkah praktikal mengatasi pencemaran plastik melalui Menolak (Refuse), Tujuan Semula (Repurpose), Menyambung Kembali (Reconnect), Kitar Semula (Recycle) dan Mengenal (Recognise).

“Kami berhasrat untuk meningkatk­an kesedaran penjagaan bumi kerana kami percaya kepada penyelesai­an alternatif dan cara yang tidak menggalakk­an penggunaan plastik. Sebagai pemaju hartanah terkemuka, kami akan terus mewujudkan kesedarans­upayasemua­orang dapat memainkan peranan mereka untuk menjaga planet kita,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia