Utusan Borneo (Sabah)

`Semai sikap tabur bakti’

Tanpa fikir diri sendiri, kata Shafie

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap lebih ramai orang Sabah yang menabur bakti untuk rakyat tanpa memikirkan kantung sendiri semata-mata.

Beliau berkata, Timbalan Pengarah Hospital Tawau Dr Azman Ibrahim adalah salah seorang individu yang sudah lama dikenaliny­a banyak berbakti kepada golongan memerlukan.

“Dr Azman salah seorang doktor yang sudah banyak berbakti bukan hanya kepada pesakit di Tawau, tetapi juga di Lahad Datu dan Semporna tanpa mengira masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis rumah terbuka Dr Azman di sini pada Selasa, yang turut dihadiri pemimpinpe­mimpin Kabinet negeri dan wakil rakyat.

Antaranya, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Jimmy Wong, Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Abd Muis Picho, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat.

Shafie berkata sebagai orang yangmahube­rkhidmatke­pada rakyat, beliau juga boleh melihat individu yang jiwanya dekat dengan rakyat.

“Kita kena bantu (sokong) orang-orang yang jiwanya dekat dengan rakyat bukannya untuk diri mereka, atau mahu banyakkan duit, tetapi memperbany­akkan khidmat kepada rakyat,” katanya.

Menjawab soalan pemberita berhubung keluhan harga barang di negeri ini yang masih tinggi, beliau berkata pihak penguatkua­sa perlu memainkan peranan dengan lebih aktif.

Khususnya, bahagian penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KDPNKK) untuk memastikan harga barang dikawal dengan baik.

“Dr Azman salah seorang doktor yang sudah banyak berbakti bukan hanya kepada pesakit di Tawau, tetapi juga di Lahad Datu dan Semporna tanpa mengira masa.” DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL, Ketua Menteri

 ??  ?? DR AZMAN (kanan) memperkena­lkan anak-anak penghidap talasemia kepada Shafie sempena rumah terbuka di kediamanny­a di Tawau.
DR AZMAN (kanan) memperkena­lkan anak-anak penghidap talasemia kepada Shafie sempena rumah terbuka di kediamanny­a di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia