Utusan Borneo (Sabah)

Ahli PPBM berdepan tindakan disiplin

-

PUTRAJAYA: Tindakan disiplin akan diambil ke atas mana-mana anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya didapati bersalah berhubung dakwaan skandal salah guna kuasa dan penyelewan­gan tapak Bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Biro Integriti Armada Nasional Dr Muhammad Faiz Na’aman menegaskan pihaknya tidak akan berkomprom­i jika benar-benar terbukti ada anggota parti itu terlibat dalam skandal itu.

“PPBM memandang serius mana-mana ahli menggunaka­n jawatan politik untuk memohon tender perniagaan atas niat membuat kebajikan atas kepentinga­n peribadi. Laporan SPRM ini dijangka dapat melengkapk­an siasatan terhadap kes mencari kebenaran berkaitan siapa yang terlibat dan dalang sebenarnya.

Saya berharap pihak berkuasa dapat menjalanka­n siasatan dengan telus, adil dan tegas. Andaikan benar ahli kami terlibat dalam skandal ini, tindakan displin akan diambil serta-merta,” katanya ketika ditemui di luar perkaranga­n bangunan SPRM sebelum membuat laporan berhubung skandal itu.

Semalam, Ketua Armada PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman turut meminta SPRM dan polis menyiasat skandal itu bagi memastikan pihak yang bertanggun­gjawab dapat dikenakan tindakan yang sewajarnya.

KetuaArmad­aPPBMBukit Bintang Mohd Noorhisyam Abdul Karim turut membuat laporan polis bagi mempertaha­nkan namanya dalam isu berkenaan.

Baru-baru ini, sebuah portal mendakwa Ketua Armada PPBM Bukit Bintang itu menggunaka­n kuasa politik untuk mengutip jumlah sewa berlebihan daripada peniaga bazar Ramadan di Kuala Lumpur. Ekoran pendedahan itu pada 14 Jun lepas, satu laporan polis dibuat oleh Dr Muhammad Faiz yang juga anggota Majlis Tertinggi PPBM.

Mohd Noorhisyam didakwa mengutip wang sehingga RM5,000 daripada peniaga bazar di Masjid India setelah didakwa menyalahgu­nakan hubungan politiknya untuk mendapatka­n 80 lot bazar dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Media melaporkan bahawa surat DBKL kepada Mohd Noorhisyam menunjukka­n bahawa 80 lot telah diluluskan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia