Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas terlantar sejak terjatuh di bilik air perlu ihsan orang ramai

-

MIRI: Norsiah Anggas, 90an, dari Lot 195A, Kampung Pujut Tanjung Batu 1B di sini, hanya mampu menahan rasa sebaik tatkala meraikan sambutan Hari Raya dalam keadaan uzur dan terlantar di atas tilam selepas terjatuh di bilik air di rumahnya, barubaru ini.

Keadaannya menyebabka­n beliau tidak mampu berdiri dan bergerak bebas seperti sebelum ini, sekali gus amat memerlukan belas ihsan orang ramai.

Menurut anaknya Idrus Kati, ibunya yang terjatuh di bilik air sejak sebulan lalu, tidak dapat bergerak dan hanya terlantar di atas tilam.

“Menurut doktor, ibu saya mengalami patah pada salah satu tulangnya dan memerlukan rawatan, menyebabka­n dia tidak dapat bergerak dan terlantar di tempat tidurnya sahaja serta tidak mahu makan,” jelasnya.

Ketika ini ibunya dijaga sendiri oleh Idrus dan seorang lagi ahli keluarga mereka dengan kos penjagaan semakin bertambah kerana terpaksa menggunaka­n lampin pakai buang untuk orang dewasa.

“Selain menjaga kebersihan dirinya dengan membantu memandikan­nya, kami juga harus menyuapkan­nya makanan kerana ibu tidak mampu mengangkat badannya,” jelas beliau lagi.

Idrus berkata, dengan keadaan dirinya yang berpendapa­tan rendah serta menyara ahli keluarga yang lain, beliau amat memerlukan bantuan kewangan bagi membeli lampin pakai buang serta makanan berkhasiat dan lembut memandangk­an ibunya tidak dapat mengunyah dan makan makanan keras.

Sementara itu, Utusan Borneo dimaklumka­n pembantu kepada keduadua wakil rakyat juga sudah dimaklumka­n tentang kesusahan yang dialami Idrus.

Justeru orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubung­i Idrus di talian 019-8250796 atau Mira (0143196001).

 ??  ?? NORSIAH hanya mampu terlantar di atas tilam dan dijaga ahli keluargany­a.
NORSIAH hanya mampu terlantar di atas tilam dan dijaga ahli keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia