Utusan Borneo (Sabah)

Pelihara budaya tradisi, martabatka­n warisan Jom Santai bersama artis Life Records

Usba anjur sambutan Hari Raya dan Karnival Budaya Bangsa Bannaran

- Oleh SALMAN ABADI (kiri) diiringi Ahmad tertarik melihat pelbagai peralatan tradisi, seni kraftangan dan sebagainya yang dipamerkan sempena program karnival budaya itu.

Siri 1

PROGRAM sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Karnival Budaya Bangsa Bannaran (KBBB) anjuran Pertubuhan Bannaran Bersatu Sabah atau United Sabah Bannaran Associatio­n (Usba) berlangsun­g meriah dan penuh berwarna-warni pada 15 dan 16 Jun lepas (1 dan 2 Syawal 1439H) di Dewan Kampung Perapat Laut, Kudat.

Majlis perasmian program itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Kapor Kudat Chong Chen Bin yang juga Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah.

Program yang julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan lagi silaturahi­m dan kerjasama dalam kalangan penduduk Kg Perapat Laut melalui sambutan Hari Raya Aidilfirti, sekali gus memelihara budaya dan tradisi suku kaum atau bangsa Bannaran.

Setiausaha Jawatankua­sa Pelaksana Iqbal Ahmad berkata, antara objektif program ialah menjadikan­nya sebagai medium untuk sesi suai mesra dan mengukuhka­n perpaduan dan semangat bermasyara­kat dalam kalangan ahli Usba yang mana, kebanyakan­nya bertugas dan bermastaut­in di luar Kg Perapat Laut, Kudat.

“Program ini juga adalah sebagai medan untuk ahli Usba mengenali, menghargai dan menghayati nilai budaya dan tradisi khususnya dalam kalangan golongan muda ahli Usba.

Katanya, melalui program itu para ahli Usba dapat memelihara serta mengekalka­n budaya dan tradisi bangsa Bannaran supaya tidak dilupakan, malah terus diwarisi seperti kata pepatah Melayu ‘tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas’.

Selain itu, ia juga diharap dapat menarik minat golongan muda supaya mencintai dan mengetahui budaya dan tradisi bangsa Bannaran, di samping memperkena­lkan budaya dan tradisi bangsa Bannaran khasnya di negeri Sabah dan di Malaysia amnya melalui penganjura­n program itu.

Menurunya, program dua hari itu menyasarka­n penglibata­n penduduk yang menetap di Kg Perapat Laut dan juga ahli Usba yang bermastaut­in serta bekerja di luar dari kampung berkenaan.

Berucap pada majlis itu, Pengerusi Pertubuhan Bannaran Bersatu Sabah Ahmad Haji Mahdunah merakamkan penghargaa­n dan berterima kasih atas kesudian dan keprihatin­an Chong menghadiri dan merasmikan program itu.

Beliau menyentuh serba sedikit tentang pertubuhan bangsa Bannaran dan maksud perkataan Usba atau Waris dan asal usul serta salahsilah bangsa Bannaran di Sabah yang bermula dari Teluk Marudu.

Beliau juga memuji sikap dan pendekatan Adun Tanjung Kapor yang disifatkan sebagai ‘pemimpin mesra rakyat’ dan mudah didekati, sambil melahirkan rasa amat terharu dengan kehadirann­ya dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Karnival Budaya Bangsa Bannaran.

Ahmad menegaskan bahawa ahli Usba amat menyokong sepenuhnya perjuangan beliau dalam usaha membela nasib rakyat.

“Bagi pihak seluruh penduduk hampir 500 orang di Kg Perapat Laut, kami juga memohon agar dipercepat­kan penyediaan kemudahan seperti bekalan air bersih, jalan raya berturap dan kemudahan yang dapat meningkatk­an taraf hidup penduduk kampung yang majoritiny­a bekerja sebagai nelayan pesisir pantai,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh ratusan penduduk yang hadir.

Beliau juga mengucapka­n syabas dan tahinah kepada semua ahli jawatankua­sa (AJK) yang telah bertungkus-lumus menjayakan penganjura­n program itu dan semua penduduk kampung yang menyokong dan memberi kerjasama padu demi kelancaran majlis itu.

Berucap merasmikan program itu, Chong merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak penganjur (Usba Kg Perapat Laut) kerana menjemputn­ya bagi menyempurn­akan perasmian program murni yang amat baik itu.

Beliau turut menyatakan ucapan terima kasih atas sokongan dan bantuan para penduduk di khasnya di kawasan Tanjung Kapor Kudat termasukla­h di Kg Perapat Laut sehingga Parti Warisan Sabah (Warisan) dapat merealisas­ikan slogan ‘Sabah Ubah’ dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada PRU14, Chong (Warisan) memenangi kerusi DUN Tanjung Kapor menewaskan empat calon lain termasuk penyandang­nya dari Barisan Nasional (BN) dengan memperoleh­i undi sebanyak 9,124 dan meraih majoriti 2,992.

“Saya akan berusaha membantu sedaya upaya penduduk kampung terutama dari segi penyediaan kemudahan infrastruk­tur asas seperti kemudahan bekalan air bersih, jalan raya berturap dan kemudahan lain yang diperlukan oleh penduduk kampung,” katanya.

Jelasnya, sebagai tanda penghargaa­n dan terima kasih atas sokongan padu masyarakat Kudat (DUN Tanjung Kapor), beliau akan mengadakan majlis rumah terbuka sambutan Hari Raya dan doa kesyukuran di Dewan Tun Mustapha Kudat pada satu tarikh yang akan dimaklumka­n kelak.

Katanya, majlis itu dijangka turut dihadiri Ketua Menteri yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan orang ramai dijemput menghadiri majlis berkenaan.

Beliau juga mengucapka­n tahniah atas penganjura­n program Usba dan menyokong sepenuhnya apa juga program yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

Pelbagai acara yang diadakan sempena program itu bukan sahaja menarik perhatian tetamu kehormat dan para jemputan, malah mendapat sambutan yang amat membanggak­an khasnya dalam kalangan penduduk Kg Perapat Laut.

Aktiviti yang bermula pada malam 1 Syawal (15 Jun) antaranya ialah kenduri kesyukuran sempena Hari Raya di masjid Kg Perapat Laut.

Ketibaan Chong bersama rombongan pada jam 11 pagi disambut meriah dengan paluan gong oleh kumpulan pemuzik tradisiona­l Usba yang dikenali sebagai ‘Tagunggu’ iaitu paluan alat muzik dalam bahasa Bannaran yang terdiri dari pada ‘agung’ (gong), kulintanga­n (gong kecil) dan tambul (gendang).

Turut diadakan ialah lawatan ke tapak ‘sulap’ (rumah kecil tradisiona­l atau teratak) yang mana tetamu kehormat diperkenal­kan dengan alat-alat muzik tradisiona­l Bannaran seperti gabbang, agung, kulintanga­n dan tambul.

Selain itu, demonstras­i pembuatan ‘piss’ (tengkolok) oleh kaum wanita bangsa Bannaran juga diadakan dan amat menarik perhatian. Tengkolok juga biasanya dipakai untuk majlis rasmi oleh masyarakat suku kaum Rungus atau Dusun.

Pelbagai peralatan pertanian bangsa Bannaran turut dipamerkan dan diperkenal­kan seperti tumbuk padi, lesung dan sebagainya, selain demonstras­i alat-alat permainan tradisiona­l seperti tagureh (wau), gasing, sukke (dam), kaldang (buluh panjang) serta makanan tradisonal seperti kuih panyam, jah dan sebagainya.

Turut dipamerkan ialah alat-alat kraftangan dan perhiasan seperti bakul, tempat air, tikar mengkuang, tudung saji dan lain-lain lagi.

Program Sambutan Hari Raya dan Karnival Budaya Bannaran di Kg Perapat Laut diteruskan pada sebelah petang, bermula dengan majlis ‘baggunting’ iaitu upacara mencukur jambul bayi.

Pada sebelah malam pula, diadakan acara kebudayaan seperti pertanding­an nyanyian dan cabutan tiket bertuah dengan hadiah berbentuk hamper diberikan kepada para pemenang.

Program diakhiri dengan majlis kunjung berkunjung dari rumah ke rumah penduduk kampung dalam suasana Hari Raya sambil bersalaman dan bermaafmaa­fan antara satu dengan yang lain.

Ia secara tidak langsung dapat mengeratka­n silaturahi­m dan ukhwah dalam kalangan penduduk kampung khasnya dan ahli Usba amnya.

Diharapkan dengan adanya penganjura­n program seumpamany­a, ia dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkena­l dan memelihara budaya dan tradisi serta memartabat­kan warisan bangsa Bannaran di Sabah.

LABEL syarikat rakaman yang tidak asing lagi, Life Records baru-baru ini telah mengadakan sebuah majlis Jom Santai meraikan media bertempat di Makam Makan Coffee House, Hotel Royal Kuala Lumpur.

Selain daripada meraikan media, majlis ini adalah untuk memperkena­lkan single-single terbaru dari artis-artis di bawah naungan Life Records iaitu ‘Tiada Dendam’ oleh Zara Zya dan ‘DTP’ oleh SheraKamar­ul, dan label-label pengedaran seperti ‘Wayangan’ oleh Omera dari Imazpro Resources, ‘Someday’ oleh Datin Ilyka dan ‘Nafas’ oleh Sahimi dari Cloudworks dan ‘Baju Raya Eksklusif’ oleh Izzmad Harun dari Nakhoda Alam Enterprise.

Selain daripada itu, muzik video ‘Tiada Dendam’ oleh Zara Zya ditayangka­n secara eksklusif di majlis ini. Penggambar­an muzik video ‘Tiada Dendam’ telah dijalankan di sekitar bandaraya Tokyo, Jepun seperti Shibuya Crossing, Harajuku, Odaiba Aqua City, Asakusa dan Shinjuku.

Muzik video ‘Tiada Dendam’ mendapat sentuhan dari pengarah muzik video berpengala­man dari Indonesia, Chris Sinyal.

Muzik video Dadali

‘Di Saat Aku Tersakiti’, Papinka ‘Di Mana Hati Mu’ dan Rio Febrian ‘Mengerti Perasaanku’ merupakan hasil kerja Chris Sinyal.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CHONG bersama Ahmad (terlindung) menyaksika­n demonstras­i membuat (menenun) ‘piss’ oleh para wanita Kg Perapat Laut. Piss turut digunakan sebagai tengkolok atau ‘sigal’ oleh suku kaum Dusun dan Rungus di Kudat.
CHONG bersama Ahmad (terlindung) menyaksika­n demonstras­i membuat (menenun) ‘piss’ oleh para wanita Kg Perapat Laut. Piss turut digunakan sebagai tengkolok atau ‘sigal’ oleh suku kaum Dusun dan Rungus di Kudat.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk Kg Perapat Laut dan para tetamu jemputan yang hadir memeriahka­n sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Karnival Budaya Bangsa Bannaran.
SEBAHAGIAN penduduk Kg Perapat Laut dan para tetamu jemputan yang hadir memeriahka­n sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Karnival Budaya Bangsa Bannaran.
 ??  ?? CHONG mencuba permainan ‘sukee’ atau dam iaitu sejenis permainan tradisi yang sering dimainkan untuk menguji minda dan mengisi masa senggang.
CHONG mencuba permainan ‘sukee’ atau dam iaitu sejenis permainan tradisi yang sering dimainkan untuk menguji minda dan mengisi masa senggang.
 ??  ?? CHONG (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Pengerusi Usba Ahmad Haji Mahdunah.
CHONG (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Pengerusi Usba Ahmad Haji Mahdunah.
 ??  ?? LAWATAN ke sulap pameran sambil disambut dengan paluan gong oleh para penduduk Kg Perapat Laut.
LAWATAN ke sulap pameran sambil disambut dengan paluan gong oleh para penduduk Kg Perapat Laut.
 ??  ?? SEBAHAGIAN AJK program dan ahli Usba Kg Perapat Laut bergambar kenangan bersama Chong (tengah).
SEBAHAGIAN AJK program dan ahli Usba Kg Perapat Laut bergambar kenangan bersama Chong (tengah).
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia