Utusan Borneo (Sabah)

USAS peruntuk RM1 juta untuk biasiswa pelajar cemerlang

-

UNIVERSITI Sultan Azlan Shah (USAS) memperuntu­kkan RM1 juta sebagai penajaan biasiswa kepada pelajarnya yang cemerlang sejak Jun tahun lalu.

Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi berkata langkah itu sebagai galakan ke arah usaha universiti tersebut melahirkan graduan yang cemerlang melalui program pengajian berkualiti berasaskan pengintegr­asian nilai Islam dalam ilmu profesiona­l.

Beliau berkata biasiswa yang dinamakan Biasiswa Pelajar Cemerlang Universiti Sultan Azlan Shah itu khusus untuk menanggung yuran pengajian dan asrama sepanjang pengajian.

“Setakat ini hanya 16 pelajar telah dipilih menerimany­a dan kita akan meneruskan program (biasiswa) ini dari tahun ke tahun.

“Antara kriteria bagi melayakkan seseorang pelajar mendapat tajaan biasiswa itu mestilah memperoleh keputusan minima 7A bagi Sijil Pelajaran Malaysia atau memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di atas 3.75 sama ada di peringkat diploma, asasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

“Pelajar juga perlu mencapai gred Mumtaz bagi peperiksaa­n Sijil Tinggi Agama Malaysia dan ditawarkan untuk mengikuti pengajian di USAS sahaja,” katanya pada majlis puasa dan penyampaia­n sumbangan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sini, pada Isnin.

Pada majlis itu Penolong Pengurus Besar Pengurusan Tunai Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Asmarizal Ahmad menyerahka­n sumbangan zakat RM20,000 bagi kegunaan tabung kebajikan pelajar USAS kepada Nordin. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia