Utusan Borneo (Sabah)

Konsep Sekolah Berkesan : Satu Pandangan Umum

- MINDA PENDIDIK Oleh PROF MADYA DR. ABDUL SAID AMBOTANG

TERDAPAT pelbagai pandangan dan kajian lepas yang telah dijalankan berhubung dengan konsep sekolah berkesan. Namun secara umumnya Sekolah Berkesan adalah sekolah yang amat menitikber­atkan kecemerlan­gan dalam pencapaian akademik, penguasaan kemahiran asas, keberkesan­an pengajaran guru, iklim sekolah yang dapat membangkit­kan suasana belajar, mengurangk­an masalah displin pelajar serta kepimpinan yang mampan.

Konsep Sekolah Berkesan yang diperkenal­kan dalam sistem pendidikan adalah bermatlama­t untuk membawa sistem pendidikan ke arah kecemerlan­gan. Seiring dengan slogan “Pendidikan Bertaraf Dunia”, konsep sekolah berkesan menuntut warga pendidik khususnya untuk mencapai tahap kualiti yang tinggi dalam pendidikan. Justeru, konsep Sekolah Berkesan harus dijadikan realiti jika hasrat inginkan kualiti pendidikan negara sama taraf dengan pendidikan negara maju. Perlu disedari umum, bahawa anjakan dalam dunia pendidikan telah melibatkan guru dengan pelbagai kursus, seminar, kolokium dan pembentang­an kertas kerja serta aktiviti yang meningkatk­an minat dan bakat pelajar ke arah menjayakan pelaksanaa­n Sekolah Berkesan. Malah, keterlibat­an dan kerjasama ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak tidak pernah dilupakan. Usaha ini selaras dengan visi negara dan cabaran global dalam era teknologi maklumat, kualiti dan keberkesan­an pendidikan harus dicapai untuk menentukan generasi yang dijana akan dapat bersaing dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar.

Dari perspektif ekonomi, jika ’outcome’ atau hasilan yang diingini dapat dicapai dengan kos yang rendah maka sekolah itu dianggap sebagai sekolah berkesan sementara dari perspektif pendekatan hubungan kemanusiaa­n dalam organisasi pula, menjelaska­n organisasi sekolah yang berkesan dilihat dari segi kejayaan mewujudan perasaan kepuasan dalam kalangan kakitangan dalam proses perjalanan organisasi. Setengah pakar pengurusan pendidikan pula berpendapa­t keberkesan­an sekolah perlu dilihat daripada pelbagai perspektif dan nilai yang berbezabez­a. Mereka memberi penjelasan bahawa ini perlu dilakukan kerana pelbagai pihak mempunyai persepsi dan pendapat yang berbeza terhadap keberkesan­an sekolah. Namun Konsep Sekolah Berkesan hendaklah menekankan semua elemen-elemen penting dalam sekolah bagi memastikan kesemua aspek ini tidak mengalami kepincanga­n. Kelemahan pada mana-mana aspek akan menyebabka­n pelaksanaa­n Sekolah Berkesan tidak dapat dijalankan.

Dari aspek kepimpinan sekolah, kebanyakan penyelidik pendidikan secara tegas menyatakan, kepemimpin­an pengetua atau guru besar merupakan asas utama terhadap mewujudkan sekolah yang berkesan dan cemerlang dengan dibantu oleh faktor kepimpinan yang berkesan. Penyertaan secara langsung daripada seluruh ahli organisasi di dalam sekolah yang mempunyai jangkaan tinggi terhadap kejayaan dan kecemerlan­gan sekolah dari segi akademik dan prestasi murid serta memastikan pencapaian akademik sentiasa berada di tahap yang tinggi. Mereka juga menekankan pentingnya pengetua atau guru besar bersikap proaktif dan mahu mengubah persekitar­an sekolah serta berkeupaya­an untuk merealisas­ikan visi dan misi sekolah. Perubahan yang dinamik dan bermatlama­t dengan dibantu oleh guru, murid, staf , ibubapa akan menghasilk­an sekolah yang berjaya dan berkesan.

Bagi peranan guru pula, guru semestinya membekalka­n ilmu pengajaran yang terbaik dan efektif sepanjang masa serta dapat mewujudkan suasana iklim pembelajar­an yang positif dan kondusif terhadap perkembang­an intelektua­l murid. Dalam pada itu, guru juga perlu ada kemahiran dalam pengurusan bilik darjah, iaitu membentuk dan mengekalka­n suasana kelas yang sesuai untuk sesi pembelajar­an berdasarka­n penguasaan strategi untuk membentuk peraturan dan arahan, mengetuai aktiviti kelas dan mengawal kelakuan. Di samping itu, pertuturan merupakan satu kemahiran komunikasi yang penting bagi guru yang melibatkan perlakuan mendengar dan bercakap kerana guru bukan hanya tertumpu sebagai tenaga pengajar dalam bidang akademik semata-mata, sebaliknya guru turut berperanan sebagai pemberi dan penyampai maklumat ilmu pengetahua­n yang turut dipengaruh­i oleh intonasi suara guru yang menarik dalam menggunaka­n perkataan, frasa dan ayat bagi menepati maksud pelajaran yang hendak disampaika­n. Selain itu guru juga seharusnya sentiasa membimbing rakan sejawat dalam membina pasukan kerja yang mantap. Program yang dirancang mestilah dilaksanak­an secara kolektif, bersungguh­sungguh dan bersepadu. Penyeliaan yang berterusan terhadap semua kegiatan di sekolah akan memastikan semua ahli organisasi bergerak di atas landasan yang betul dan tepat.

Manakala, dalam aspek kemudahan sekolah berkesan pula, segelintir penyelidik penddikan menyatakan bahawa kemudahan sekolah yang amat perlu diperhatik­an secara keseluruha­n dan ini adalah merujuk kepada keadaan atau suasana sekolah yang tenang, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajar­an dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonia­n sesama pelajar dan dapat mengurangk­an perbezaan status sosio-ekonomi, wujud juga kerjasama antara sekolah dan keluarga pelajar. Selain itu juga sifat dan suasana yang ada di sekolah adalah juga hasil cerminan interaksi antara guru dan pelajar serta masyarakat yang terdapat di sekolah itu secara keseluruha­nnya.

Sekolah Berkesan juga sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dapat dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan kepada pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolah­an. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran guru dalam aspek penilaian dan kaedah mengajar yang terkini. Di samping itu, sekolah perlu menegaskan kepada pelajar dan guru supaya mengambil berat tentang kemajuan pelajaran. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungja­wab yang sesuai kepada mereka.

Namun begitu, terdapat juga faktor lain yang mempengaru­hi keberkesan­an sekolah. Antaranya ialah persekitar­an sekolah dan faktor masyarakat. Kedua-dua faktor ini mempunyai impak positif atau negatif terhadap kecemerlan­gan sekolah. ini termasukla­h status sosio-ekonomi pelajar serta penglibata­n ibu bapa dan sumber-sumber yang boleh diperolehi. Berdasarka­n kajian lalu, jelas menunjukka­n bahawa masyarakat mempunyai pengaruh yang besar terhadap pretasi sesebuah sekolah. Sebahagian besar penyelidik pendidikan berpendapa­t bahawa faktor latar belakang keluarga pelajar dan status sosial ekonomi pelajar banyak memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar di sekolah.

Ibu bapa juga merupakan pengaruh sosial yang besar terhadap pencapaian anakanak mereka. Aspirasi dan harapan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak memainkan peranan penting untuk mendorong anakanak mereka lebih bergiat aktif untuk mencapai prestasi yang tinggi di sekolah. Di sini, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan salah satu ejen sekolah yang melibatkan perhubunga­n masyarakat dengan sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa PIBG memainkan peranan yang besar terhadap peningkata­n pencapaian persekolah­an pelajar. Ahli PIBG yang aktif boleh menyumbang­kan tenaga dan sumber kewangan mereka dari masa ke semasa demi keberkesan­an sekolah.

Dari aspek yang lain, faktor kurikulum sekolah juga berperanan penting untuk mewujudkan keberkesan­an sekolah. Aktiviti kurikulum hendaklah dijalankan secara terancang untuk meningkatk­an peningkata­n pretasi pelajar. Sekolah haruslah melakukan perubahan dalam bahan pengajaran dan pembelajar­an. Pelbagai kaedah pengajaran yang berkualiti haruslah dilakukan dalam bilik darjah. Kualiti pengajaran hendaklah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajar­an. Pengurusan yang cekap dalam proses pengajaran dan pembelajar­an akan memudahkan pelajar menerima pengajaran dengan lebih berkesan. Kemudahan fizikal sekolah juga sedikit sebanyak boleh mempengaru­hi keberkesan­an sekolah. Sekolah yang cemerlang sudah pasti mempunyai kemudahan komputer untuk pembelajar­an, penggunaan alat bantuan mengajar yang baik dan kerusi meja yang selesa. Perkara yang lebih penting ialah bilangan guru dan opsyen mata pelajaran yang diajar adalah mencukupi.

Meninjau kepada konsepkons­ep, ciri-ciri sekolah, faktor-faktor keberkesan­an Sekolah Berkesan, dapatlah disimpulka­n bahawa demi untuk merealisas­ikan konsep Sekolah Berkesan, pihak sekolah harus jelas mengenai falsafah, kriteria dan konsep Sekolah Berkesan. Pengetua atau Guru Besar sebagai pemimpin juga harus mengetahui dan melaksanak­an perancanga­n strategik yang perlu diambilkir­a. Kejayaan Sekolah Berkesan bermula dari bilik darjah yang diurus dengan berkesan oleh guru berkesan dengan menggunaka­n alatan bantuan mengajar yang berkesan dan mencukupi dan hubungan pelajar dan guru yang cukup mantap.

Selain itu penilaian Sekolah Berkesan dinilai bukan sahaja melalui pencapaian dalam bidang akademik bahkan aspek sahsiah seperti tingkah laku, sikap dan disiplin pelajar yang baik, kepuasan kerja guru, keadaan sekolah yang kondusif sama ada dari aspek kebersihan dan keceriaan. Maka bagi menjayakan hasrat ini, semua pihak yang terlibat dalam pengurusan Sekolah Berkesan harus sentiasa saling bekerjasam­a demi untuk menjayakan pelaksanaa­n Sekolah Berkesan dan bersamasam­a menangani masalah yang dihadapi dari semasa ke semasa. Para pentadbir sekolah dan para guru harus sentiasa update dengan perkembang­an dan masalah sosial pelajar agar mereka dapat mengetahui cara mengatasi masalah ini. Harapan Kementeria­n Pendidikan agar cita-cita Malaysia untuk menjadi hub pendidikan antarabang­sa pada masa akan datang dapat direalisas­ikan bermula dari peringkat sekolah sehingga insititusi pendidikan bertaraf antarabang­sa.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Psikolsogi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. Boleh dihubungi melalui solat5@ yahoo.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia