Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan diambil kira

KM maklum cadangan jadikan GPS parti pelbagai kaum, namun ia satu evolusi dan tidak boleh tergesa-gesa

-

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengambil kira cadangan pembentuka­n satu parti pelbagai kaum.

Cadangan untuk menjadikan GPS sebagai satu parti politik yang tidak berasaskan kaum telah dikemukaka­n oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri mencadangk­an perkara itu pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PRS, pada Ahad.

“Memang dia (Masing) ada mencadangk­an dan kita mengambil kira cadangan, tetapi ia adalah satu evolusi dan kita jangan tergesages­a.

“Apabila masyarakat mempunyai pandangan atau sudah sampai masanya dan memahami kepentinga­n untuk disatukan baharu kita dapat laksanakan.

“Kita ambil kira tetapi mengambil masa,” katanya ketika ditemui pada Isnin bagi mengulas mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, Abang Johari hadirmembe­ripenghorm­atan terakhir ke atas mendiang Datuk Sim Swee Yong di kediaman keluarga mendiang di Everbright Estate, Jalan Batu Kawa di sini.

Mendiang Sim merupakan Presiden Persekutua­n

PersatuanK­omunitiBah­agian Kuching dan meninggal dunia pada malam Ahad akibat kegagalan jantung.

Ditanya bila mesyuarat GPS seterusnya, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata akan memaklumka­nnya kemudian.

Dalam pada itu, GPS

merupakan sebuah gabungan baharu yang terdiri daripada empat parti iaitu PBB, PRS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)danPartiDe­mokratik Progresif (PDP).

Gabungan ini dibentuk bagi menggantik­an Barisan Nasional (BN) Sarawak yang dibubarkan selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Apabila masyarakat mempunyai pandangan atau sudah sampai masanya dan memahami kepentinga­n untuk disatukan baharu kita dapat laksanakan. Kita ambil kira ” tetapi mengambil masa DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari bercakap kepada pemberita ketika ditemui di kediaman mendiang Datuk Sim Swee Yong untuk penghormat­an terakhir pada Isnin. - Gambar Chimon Upon
ABANG Johari bercakap kepada pemberita ketika ditemui di kediaman mendiang Datuk Sim Swee Yong untuk penghormat­an terakhir pada Isnin. - Gambar Chimon Upon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia