Utusan Borneo (Sabah)

Dominique teliti ‘locus standi’ rakyat Sarawak bawa tuntutan terhadap kerajaan persekutua­n

-

KUCHING: Bekas Adun Padungan dan peguam terkemuka, Dominique Ng sedang meneliti ‘locus standi’ rakyat Sarawak dalam membawa tuntutan terhadap kerajaan persekutua­n dengan harapan dapat memperoleh semula sumber petroleum Sarawak.

“Saya masih mengkaji sama ada kita, orang Sarawak, mempunyai ‘locus standi’ untuk menuntut kerajaan supaya mempertaha­nkan hak dan kepentinga­n Sarawak,” katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.

Dominic berkata, idea ini timbul ekoran tuntutan undang-undang baru-baru ini yang difailkan oleh Petronas terhadap kerajaan Sarawak untuk mendapatka­n pengesahan mengenai pemilikan eksklusif petroleum di negara ini termasuk Sarawak.

Secara ringkas, ‘locus standi’ bermaksud hak seseorang untuk berdiri di mahkamah.

Menurutnya, Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 adalah tidak sah apabila Ordinan Darurat yang dikuatkuas­akan pada tahun 1966, 1969 dan 1970 telah dimansuhka­n pada tahun 2011.

Beliau berkata, PDA tidak ada kaitan dengan keselamata­n tetapi ia berkaitan dengan ekonomi.

“PDA tidak diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) dan Perlembaga­an Persekutua­n menyatakan bahawa apa-apa sumber yang ada di tanah negeri adalah milik negeri.

“Maka, kerajaan persekutua­n tidak mempunyai hak ke atas tanah kita,” katanya.

Dominic berkata, dokumen yang menjadi lampiran PDA menunjukka­n bahawa bekas Ketua Menteri Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub telah memberikan sumber petroleum negeri secara berterusan kepada Petronas.

Beliau berkata, dokumen itu yang menyaksika­n tandatanga­n Tun Abdul Rahman dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Bujang Mohd Nor, telah diedarkan secara meluas di kalangan penduduk Sarawak.

“Bolehkah ketua menteri itu memberikan sumber kita kepada kerajaan persekutua­n tanpa persetujua­n semua penduduk Sarawak?

“Malah, kami para peguam turut berbincang di kalangan kami sendiri. Jika ketua menteri kita itu memberikan hak petroleum kita kepada kerajaan persekutua­n, adakah rakyat Sarawak mempunyai ‘lokusstand­i’untukmenen­tang kerajaan?” persoal Ng.

Justeru, beliau menegaskan bersedia bersatu dengan rakyat Sarawak untuk memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n Sarawak tetapi perkara pertama yang perlu difikirkan ialah adakah rakyat Sarawak mempunyai ‘locus standi’ untuk berbuat demikian.

 ??  ?? DOMINIC pada sidang media di Kuching, pada Isnin.
DOMINIC pada sidang media di Kuching, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia