Utusan Borneo (Sabah)

Syarat PRS jadikan GPS parti pelbagai kaum tidak realistik ketika ini: Jeniri

-

KUCHING: Syarat-syarat yang diletakkan oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk menjadikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) satu parti politik pelbagai kaum dilihat tidak realistik ketika ini.

Penganalis­is politik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, perkara yang mungkin perlu dilakukan ialah penstruktu­ran semula GPS kerana ia sememangny­a satu platform untuk pelbagai kaum.

“Saya tidak fikir PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) akan bersetuju dengan syaratsyar­at itu terutamany­a apa yang diminta Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing supaya PBB atau mana-mana parti tidak mendominas­i parti lain.

“Jadi (saya) tidak tahu apa motif atau agenda beliau (Masing) kerana seolah-olah PRS sudah ditolak oleh rakyat yang terbukti pada PRU (PilihanRay­aUmum)lalu,parti itu kehilangan tiga daripada enam yang dipertandi­ngkan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Jeniri berkata, untuk membuktika­n idea itu betul-betul dapat dilakukan atau tidak, PRS perlu menterjema­hkannya sendiri dengan parti itu sebagai badan induk dan cuba melakukann­ya di luar GPS.

Beliau turut mempersoal­kan sama ada tindakan Masing itu bertujuan untuk menyelamat­kan dirinya serta parti dengan mencari alasan lain daripada kelemahan yang telah berlaku.

“Masing mengatakan beliau tidak ‘merungut’ terhadap PBB tetapi apabila mengatakan Umno mendominas­i, sebenarnya ia secara tidak langsung menggambar­kan PBB juga.

“Bagi saya, Masing secara tidak langsung menempelak apa yang berlaku dalam GPS dengan PBB selama ini sebagai parti dominan. Sudah tentu PBB tidak bersetuju, kalau meletakkan Masing di kedudukan itu, belum pasti beliau mahu,” katanya.

Menurut Jeniri, perkara yang penting ketika ini ialah memastikan survival parti dan GPS kerana dalam kedudukan sekarang, PBB dilihat tidak berdepan masalah.

“Yang bermasalah sekarang ialah PRS, mungkin sebab itu Masing mengemukak­an ideaidea ini untuk menyelamat­kan diri dan parti.

“Itu adalah tradisinya, yang sekian lama dan beliau (Masing) perlu akur kalau masih mahu kekal dalam GPS. Harus diingat, PBB adalah parti pelbagai kaum, semua pribumi ada di dalamnya, berlainan sedikit dengan PRS,” tambahnya.

Jeniri berkata demikian apabila diminta mengulas empat syarat diletakkan PRS untuk menjadikan GPS satu parti pelbagai kaum bagi memastikan­nya diterima rakyat.

Selain menetapkan tiada dominasi parti lebih besar terhadap parti lain yang lebih kecil, PRS mahu perkhidmat­an awam negeri distruktur semula lebih-lebih lagi dari segi pengambila­n pekerja yang lebih menggambar­kan keseimbang­an posisi kaum.

Dua lagi syarat diletakkan PRS ialah penyelesai­an isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dengan lebih baik dan peruntukan tahunan bagi pertubuhan mewakili agama bukan Islam di Sarawak.

Masing berkata, syaratsyar­at itu akan memastikan GPS tidak mengikut struktur Barisan Nasional (BN) sebelum ini iaitu Umno mendominas­i parti komponen yang lebih kecil sehingga suara dan masalah parti lain di dalam perikatan itu tidak didengari.

Beliau berkata, BN kalah pada PRU14 lalu bukan kerana ia tidak baik, tetapi ada parti iaitu Umno mendominas­i parti-parti lain.

“Dengan itu, GPS tidak boleh membenarka­n parti yang lebih besar mendominas­i dan PRS tidak mahu satu parti mempunyai lebih dari separuh Adun. Sekarang kita (Sarawak) ada 82,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia