Utusan Borneo (Sabah)

Budaya berkunjung tunjang utama kekal keharmonia­n

Malaysia dan Sarawak dilimpahi berkat kerana sambutan Hari Raya dinikmati semua kaum dengan semangat kebersamaa­n

-

MIRI: Budaya berkunjung di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri merupakan tunjang utama dalam mengekalka­n keharmonia­n dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Adun Piasau merangkap Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sebastian Ting berkata, Malaysia dan Sarawak dilimpahi berkat kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri dirai dan dinikmati semua kaum dengan semangat kebersamaa­n.

“Inilahkeun­ikanmasyar­akat di Sarawak yang walaupun berbilang kaum dan agama tetapi saling menghormat­i serta dapat hidup aman harmoni.”

“Ini jelas terbukti dengan budaya rumah terbuka setiap perayaan sama ada Krismas, Tahun Baharu Cina, Gawai ataupun Hari Raya Aidilfitri yang kita lakukan sejak berdekad lalu,” kata Sebastian semasa ditemui menghadiri rumah terbuka di kediaman ketua masyarakat Penghulu Samion Gani di Piasau Jaya Fasa II pada Isnin.

Justeru katanya, semangat perpaduan ini perlu dikekalkan khususnya di kalangan generasi muda agar ia tidak hilang.

Katanya, musim perayaan merupakan satu landasan kepada orang ramai untuk mengukuhka­n perpaduan, kebersamaa­n dan toleransi

“Ini jelas terbukti dengan budaya rumah terbuka setiap perayaan sama ada Krismas, Tahun Baharu Cina, Gawai ataupun Hari Raya Aidilfitri yang kita lakukan sejak ” berdekad lalu

DATUK SEBASTIAN TING

Adun Piasau masyarakat berbilang kaum.

Sementara itu Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Adun Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata, budaya rumah terbuka dan ziarahmenz­iarahi semasa musim perayaan sudah diamalkan sejak bertahun-tahun.

“Inilah yang menjadikan Sarawak begitu unik di mata masyarakat luar.

“Kita dapat mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n kerana elemen toleransi terus menjadi teras dalam masyarakat kita,” kata lee.

 ??  ?? (BERDIRI dari dua kiri) Sebastian dan Lee semasa berkunjung ke kediaman Samion (tengah) di Piasau Jaya Fasa II sempena Hari Raya Aidilfitri pada Isnin.
(BERDIRI dari dua kiri) Sebastian dan Lee semasa berkunjung ke kediaman Samion (tengah) di Piasau Jaya Fasa II sempena Hari Raya Aidilfitri pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia