Utusan Borneo (Sabah)

Komponan GPS perlu asas kukuh jika mahu bentuk parti pelbagai kaum

-

KUCHING: Parti-parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu memiliki asas yang kukuh jika mahu membentuk satu parti politik pelbagai kaum yang tidak berasaskan mana-mana kaum.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman berkata sebagai Pemuda, mereka menerima apa jua cadangan yang memfokuska­n kepada pembanguna­n Sarawak dan kebaikan rakyat.

Namun katanya, sebelum pergi ke arah pembentuka­n satu parti politik pelbagai kaum, ia memerlukan asas yang baik daripada setiap parti komponen itu sendiri.

“Sebagai contoh dalam PBB, kita mempunyai asas yang kukuh iaitu terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menyertai parti, selain budaya menyelesai­kan masalah yang begitu baik sekali dalam kalangan ahli-ahli PBB sendiri jika berhadapan dengan apaapa krisis atau isu.

“Itu yang kita perlu perkukuhka­n dahulu dalam setiap parti komponen yang lain supaya kita dapat bergerak ke hadapan sama ada sebagai satu parti politik pelbagai kaum atau gabungan,” ujarnya.

Beliau yang juga Adun Tupong berkata demikian ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri pada sidang media kelmarin berkata, penubuhan GPS dilihat relevan jika menjadi satu parti politik pelbagai kaum.

GPS yang merupakan sebuah gabungan baharu terdiri daripada empat parti iaitu PBB, PRS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Bagaimanap­un menurut Masing, untuk GPS menjadi satu parti politik pelbagai kaum, beberapa syarat diletakkan antaranya GPS tidak boleh mengikut struktur organisasi Barisan Nasional (BN) sebelum ini di mana UMNO mendominas­i partiparti komponen lain yang lebih kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia