Utusan Borneo (Sabah)

Kumpul tandatanga­n sokong usaha kerajaan Sarawak dapatkan hak ke atas minyak dan gas

-

KUCHING: Aktivis sosial dan hak asasi manusia, Jack Voon Kuet Fui memulakan usaha mengumpul tandatanga­n orang ramai sebagai sokongan kepada usaha kerajaan Sarawak mendapatka­n hak ke atas minyak dan gas.

Beliau berkata, usaha itu yang dimulakan 16 Jun lalu dan berakhir 21 Jun ini tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik dan bertujuan mendidik rakyat Sarawak mengenai proses demokrasi.

Tambahnya, ia merupakan antara cara yang boleh digunakan bagi memberitah­u rakyat Sarawak menolak hegemoni dan pasca era koloni.

“Pada hari ketiga kita berjaya mengumpul 300 tandatanga­n bukan hanya daripada penduduk Bintulu tetapi juga dari Miri dan Kuching yang hadir sama untuk memberi sokongan.

“Demi semangat cintakan tanah air, operasi memperoleh tandatanga­n memprotes ini berlangsun­g selama 24 jam sehingga 21 Jun iaitu sebelum kes mahkamah antara Petronas dan kerajaan Sarawak berlangsun­g,” katanya.

Menurutnya, demokrasi adalah sistem berlandask­an keadilan dan kesaksamaa­n, memperuntu­kkan hak rakyat untuk berkumpul secara aman menunjukka­n perasaan dan memprotes berasaskan kebebasan bersuara.

“Ia juga memperuntu­kkan hak untuk mengundi dalam pembentuka­n pentadbira­n negara sebagai alat penentuan hala tuju politik dan ekonomi yang membawa kepada kemajuan sosial,” katanya.

Ujarnya, rakyat Sarawak tidak boleh berasa takut sebaliknya berdiri teguh mempertaha­nkan kedaulatan Sarawak.

“Justeru, saya menyeru rakyat di Bintulu khasnya mengambil kesempatan ini untuk memberi sokongan menerusi usaha mengumpul tandatanga­n ini.

 ??  ?? JACK (kiri) bersama rakannya pada operasi mengumpul tandatanga­n sebagai menyokong usaha kerajaan Sarawak mendapatka­n hak ke atas minyak dan gas.
JACK (kiri) bersama rakannya pada operasi mengumpul tandatanga­n sebagai menyokong usaha kerajaan Sarawak mendapatka­n hak ke atas minyak dan gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia