Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak kehilangan tokoh masyarakat

-

KUCHING: Sarawak kehilangan seorang lagi tokoh masyarakat susulan pemergian Datuk Sim Swee Yong pada usia 85 tahun malam Ahad akibat kegagalan jantung.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, mendiang pada hayatnya merupakan seorang yang gigih bekerja membantu masyarakat terutama masyarakat Cina.

“Mendiang Datuk Sim adalah seorang pemimpin yang mengutamak­an kerjakerja kebajikan dan juga kerja-kerjauntuk­menyatukan masyarakat Cina.

“Beliau adalah seorang yang pragmatik dan juga telah banyak memberi bantuan kepada mereka yang berkehenda­kkan bantuan untuk memajukan masyarakat mereka sendiri.

“Saya kenal Datuk Sim ketika saya menjadi wakil rakyat dan beliau juga sangat memberi penekanan kepada soal pendidikan,” katanya yang turut bersedih dengan kehilangan tersebut.

Terdahulu, ahli keluarga mendiang turut menerima kunjungan daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bagi penghormat­an terakhir.

Turut hadir memberi penghormat­an terakhir ialah bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin bersama Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.

Taib ketika ditemui pemberita memberitah­u, Sim merupakan seorang sahabat yang sentiasa melayan rakanrakan­nya dengan penuh ikhlas.

“Mendiang seorang yang sangat baik dan nilai persahabat­an lahir dari hatinya yang suci. Saya kehilangan seorang sahabat yang hebat, kami mengenali satu sama lain cukup lama. Beliaulah yang mengajar saya erti persahabat­an tanpa mengira bangsa dan kerjaya,” katanya.

Mengimbau kenangan beliau bersama Sim, Taib mendedahka­n mereka berkawan semenjak 1951 apabila mereka belajar di dalam kelas yang sama.

“Kami sangat rapat semenjak itu dan apabila saya pulang dari Australia, kami meneruskan persahabat­an ini.

“Hampir setiap tahun terutamany­a semasa Tahun Baharu Cina saya berjumpa dengannya. Kalau saya berada di Kuching ketika itu, saya mesti mengunjung­inya semasa Tahun Baharu Cina,” tambahnya.

Dalam pada itu, mendiang meninggalk­an balu, Datin Clare Sim serta tiga anak.

Mendiang merupakan Presiden Persekutua­n Persatuan Komuniti Bahagian Kuching dan ahli perniagaan terkenal.

 ??  ?? TUN Salahuddin (dua kanan) dan Toh Puan Norkiah (dua kiri) memberi pemghormat­an terakhir kepadamend­iangSim.Turut kelihatan isteri mendiang, Clare (kiri). Gambar Chimon Upon
TUN Salahuddin (dua kanan) dan Toh Puan Norkiah (dua kiri) memberi pemghormat­an terakhir kepadamend­iangSim.Turut kelihatan isteri mendiang, Clare (kiri). Gambar Chimon Upon
 ??  ?? TUN Taib (dua kanan) memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Sim. Turut kelihatan isteri mendiang Clare (kanan) dan anaknya Sim Kiang Chiok (dua kiri) dan Sim Meng Chiok (dua kanan). - Gambar Chimon Upon
TUN Taib (dua kanan) memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Sim. Turut kelihatan isteri mendiang Clare (kanan) dan anaknya Sim Kiang Chiok (dua kiri) dan Sim Meng Chiok (dua kanan). - Gambar Chimon Upon
 ??  ?? ABANG Johari (tengah) memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Sim. Turut kelihatan isteri mendiang Clare (kanan) dan anaknya Sim Kiang Chiok (kiri). - Gambar Chimon Upon
ABANG Johari (tengah) memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Sim. Turut kelihatan isteri mendiang Clare (kanan) dan anaknya Sim Kiang Chiok (kiri). - Gambar Chimon Upon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia