Utusan Borneo (Sabah)

Rosakkan harta benda nenek, pemuda dipenjara setahun

-

SIBU: Seorang lelaki berusia 27 tahun dijatuhkan hukuman penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didakwa merosakkan harta benda milik neneknya.

Dennis Gerinsa, 27, dari Jalan Nibong Tada, mengaku bersalah di atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Dia didakwa melakukan kerosakan dengan memecahkan tingkap rumah, pintu, almari dan kabinet dapur milik neneknya Nguong Lipa, 81, di Nanga Menyan, Jalan Nibong Tada pada jam 7.20 malam 10 Jun lalu.

Akibat perbuatann­ya itu, Nguong mengalami kerugian kira-kira RM5,000.

Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara antara satu tahun hingga lima tahun atau dengan denda atau keduaduany­a jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, insiden itu berlaku di sebuah rumah panjang di Nanga Menyan, Jalan Nibong Tada kira-kira jam 7.20 malam pada 10 Jun lalu, di mana terdahulu tertuduh dikatakan meminta wang untuk membeli rokok daripada neneknya.

Mendengar neneknya yang menjawab tidak mempunyai wang untuk memenuhi permintaan­nya itu, tertuduh menjadi marah dan mengambil rantai logam lalu bertindak memecahkan tingkap rumah, almari dan dapur milik pengadu.

Bimbang akan keselamata­nnya, Nguong melarikan diri dari rumahnya untuk memohon bantuan daripada jiran sebelah pintu biliknya di rumah panjang berkenaan.

Jiran serta Tuai Rumah yang dimaklumka­n datang membantuny­a dan melihat tertuduh masih memegang rantai logam, sementara rumah dan beberapa barangan berkenaan sudahpun rosak berkecai.

Tuai Rumah kemudian menghubung­i pihak polis untuk mendapatka­n bantuan lanjut.

Bertindak atas maklumat yang diterima, pasukan polis kemudian pergi ke rumah panjang terbabit dan bertindak menangkap suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia