Utusan Borneo (Sabah)

Miliki senjata di tempat awam, dua beradik direman lanjut

-

MIRI: Dua beradik yang ditangkap di sebuah pusat hiburan kerana disyaki memiliki senjata berbahaya ketika berada di tempat awam diperintah­kan Mahkamah Majistret pagi semalam supaya direman lanjut tiga hari.

Menurut keterangan penolong pegawai penyiasat Sarjan Chiu Ann Yan, memandangk­an siasatan lanjut polis masih belum dapat disiapkan, justeru memohon reman lanjut tiga hari ke atas kedua-dua suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Pendaftar Mahkamah Rendah Brian Bryan Mason yang mendengar kes itu membenarka­n permohonan tersebut dan memerintah­kan keduadua suspek direman dua hari sehingga 20 Jun ini.

Dalam permohonan reman terdahulu, Chiu memberitah­u sekitar jam 1.25 pagi, 15 Jun lalu, sepasukan anggota polis telah membuat pemeriksaa­n di sebuah pusat hiburan di Pusat Komersial Pelita di sini.

Pada pemeriksaa­n itu, pihak polis telah menahan dua lelaki di dalam sebuah bilik di pusat hiburan berkenaan untuk tujuan pemeriksaa­n.

Semasa pemeriksaa­n badan dilakukan, polis menjumpai sebilah pisau masing-masing pada pemilikan dua lelaki terbabit yang merupakan adik-beradik.

Dua bilah senjata tajam sepanjang 20 sentimeter (sm) dan 15sm itu kemudian dirampas, manakala kedua-dua suspek yang berusia 21 dan 24 tahun ditangkap serta dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia