Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia Group sangkal dakwaan dalam laporan CBI

Kumpulan itu akan mendapatka­n semua penyelesai­an undang-undang untuk menangani dakwaan

-

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd (AAGB) menyangkal sekerasker­asnya dakwaan yang dibuat dalam laporan maklumat pertama (FIR) oleh polis di India, termasuk sebarang ketidakwaj­aran dalam mendapatka­n kelulusan kerajaan.

Kumpulan itu berkata ia akan mendapatka­n semua penyelesai­an undang-undang untuk menangani dakwaan terhadap AirAsia Bhd, AirAsia India Pte Ltd, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AAGB Tan Sri Tony Fernandes dan Timbalanny­a Bo Lingam, yang disifatkan sebagai ‘tidak berasas, tidak disokong dan tidak wajar’.

Laporan media di India melaporkan secara meluas bahawa Central Bureau of Investigat­ion (CBI) telah mendaftark­an satu FIR terhadap pihak-pihak yang dinamakan di atas berdasarka­n kepada maklumat daripada satu ‘sumber yang boleh dipercayai’ yang tidak disebut namanya.

“Kami mempersoal­kan motif orang yang tidak disebut namanya itu, orang atau organisasi yang membuat FIR ini, tetapi kami akan bekerjasam­a penuh dengan pihak berkuasa India mengikut proses yang diperuntuk­kan dalam undang-undang,” kata AAGB dalam satu kenyataan pada Rabu.

Antara dakwaannya ialah penjawat awam yang tidak disebut namanya telah terlibat dalam konspirasi jenayah melibatkan AirAsia Bhd, AirAsia India, Fernandes, Lingam dan empat pihak lain yang dinamakan dan orang perseorang­an yang tidak diketahui untuk mempercepa­tkan proses kelulusan dan menukar dasardasar penerbanga­n untuk disesuaika­n dengan keperluan AirAsia India.

Ini dilakukan dengan melobi pemegang kepentinga­n dalam kerajaan India menerusi kaedah tidak telus.

Kumpulan itu berkata semua kelulusan yang diperlukan diperoleh menerusi saluran biasa dan mereka mengambil masa lebih daripada setahun untuk mendapatka­nnya.

Menurut AAGB, ia mengadakan usaha sama dengan Tata Sons Ltd untuk menubuhkan syarikat penerbanga­n tambang murah di India memandangk­an ‘reputasi dan integriti yang tinggi’ syarikat berkenaan.

AirAsia Investment­s Ltd memegang 49 peratus ekuiti dalam AirAsia India sementara pemilikan saham utama sebanyak 51 peratus dipegang oleh entiti dari India iaitu Tata Sons Ltd (49 peratus) dan dua individu yang juga lembaga pengarah (dua peratus) yang mana kedua-duanya adalah warganegar­a India.

“Melihat kepada rekod pencapaian Tata yang melebihi 100 tahun serta reputasi AirAsia, kami menyangkal sebarang kesimpulan mengenai ketidakwaj­aran dalam mendapatka­n kelulusan ini,” kata kumpulan itu.

AirAsia India, begitu juga yang lain dalam industri penerbanga­n, melobi kerajaan India untuk mengeluark­an peraturan 5/20 – keperluan di mana syarikat penerbanga­n domestik mesti mempunyai lima tahun pengalaman operasi dan sekurang-kurangnya 20 pesawat untuk membolehka­n ia terbang ke luar negara.

AAGB berkata, ia dilaksanak­an dengan mematuhi undang-undang, tanpa sebarang bayaran yang menyalahi undang-undang.

Tambahan lagi, kata kumpulan itu, ia sudah melakukan semakan semula dalaman dan membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku sama ada oleh Fernandes atau Lingam.

Berhubung dakwaan bahawa kontrak palsu dilaksanak­an dengan Travel and Total Food Services, HNR Trading Pte Ltd dan DTA Consulting untuk merasuah kakitangan awam yang tidak diketahui, kumpulan berkenaan berkata, selain daripada kontrak dengan HNR Trading, kontrak yang dirujuk dalam FIR dimeterai dalam urusan biasa perniagaan untuk perkhidmat­an yang diberikan pada istilah komersial biasa.

Mengenai perjanjian dengan HNR Trading, kumpulan itu berkata AirAsia India telah membuat laporan FIR terhadap CEOnya, Mittu Chandiliya, pada tahun lepas mengenai kontrak ‘tanpa kebenaran’, kerana semasa tempoh tersebut, semua kontrak yang ditandatan­gani oleh syarikat penerbanga­n itu berada di bawah pengawasan beliau.

Menurut kumpulan itu, AirAsia India juga telah mengemukak­an laporan audit forensik yang dibuat oleh sebuah firma perakaunan terkemuka di India bagi membuktika­n bahawa dana itu telah dikeluarka­n secara haram daripada syarikat melalui kontrak tanpa kebenaran dan percaya perkara itu masih dalam siasatan polis Bangalore.

Satu lagi dakwaan dalam FIR itu ialah AirAsia India dikawal dan dikendalik­an secara tidak langsung oleh AirAsia Bhd melalui perjanjian pelesenan jenama (BLA) antara pihakpihak terbabit, dan dengan itu melanggar norma-norma Lembaga Promosi Pelaburan Asing yang menetapkan pemilikan dan kawalan yang besar perlu dipegang oleh warga India.

AAGB berkata ini telah disangkal oleh Ketua Pengarah Direktorat Jeneral Penerbanga­n Awam India.

Dalam satu laporan bertarikh 8 Feb 2017, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Delhi, KetuaPenga­rahitumeny­atakan beliau tidak mendapati bahawa terma-terma dan syarat yang ditetapkan dalam BLA berkenaan telah ‘mengurangk­an pemilikan besar dan kawalan efektif AirAsia India yang menjadi hak rakyat India’.-Bernama

“Kami mempersoal­kan motif orang yang tidak disebut namanya itu, orang atau organisasi yang membuat FIR ini, tetapi kami akan bekerjasam­a penuh dengan pihak berkuasa India mengikut proses yang ” diperuntuk­kan dalam undang-undang. ... Kenyataan AAGB

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia