Utusan Borneo (Sabah)

FMM sambut baik langkah kerajaan untuk kaji semula EIS

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Pekilangpe­kilang Malaysia (FMM) menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Skim Insurans Pekerjaan (EIS) kerana ia percaya model sedia ada sekarang ini adalah tidak seimbang.

Skop skim tersebut adalah terlaluumu­mdansepatu­tnya melindungi pekerja yang diberhenti­kan kerana kegagalan perniagaan dan bukan meliputi langkah penguranga­n oleh majikan, ini sepatutnya dikendalik­an oleh majikan dengan faedahfaed­ah penamatan.

Skim tersebut membolehka­n pekerja menikmati penamatan pekerjaan dan faedah pemberhent­ian di bawah Akta Pekerjaan, merangkumi skim pemberhent­ian sukarela dan skim pemberhent­ian bersama, ini menyebabka­n golongan pekerja mendapat faedah berlebihan.

“Ia bertentang­an dengan prinsip keselamata­n sosial sebagaiman­a yang dinyatakan dalam Akta Keselamata­n Sosial,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa dana sedia ada tidak perlu dibazirkan melalui pembiayaan programpro­gram latihan, langkah ini sepatutnya terletak di bawah DanaPemban­gunanSumbe­r Manusia, dengan dibiayai oleh levi yang terluput dan faedah pembayaran lewat.

FMM juga memberitah­u bahawa majikan dan pekerja yang menyumbang kepada EIS juga sangat prihatin terhadap pengurusan dana.

“Pengurusan dan perbelanja­an yang tidak cekap akan membawa kepada kenaikan kadar sumbangan yang tidak wajar.

“Kami mengekalka­n bahawa dana itu merupakan tanggungja­wab tiga pihak yang mana, kerajaan akan menyumbang kepada perbelanja­an pengurusan dana,” katanya.

FMM juga berpendapa­t skim tersebut yang menggunaka­n dua dana dengan dua set sumber yang berbeza, sama ada manusia dan pelaburan dalam sistem pengendali­an, sebaliknya, perlu diuruskan oleh Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso), disebabkan penyumbang terdiri daripada kumpulan penyumbang yang sama kepada Perkeso.

Memandangk­an Perkeso sedang dalam proses menyesuaik­an sistemnya untuk membolehka­n majikan membuat pembayaran tunggal bagi Perkeso dan EIS menjelang akhir 2018, pelaksanaa­nnya harus diperluask­an bagi memasukkan pengurusan tunggal ke atas dana tetapi dengan akaun berasingan untuk memastikan ketelusan dalam pengeluara­n dan pengurusan dana, katanya.

“Kami mengalu-alukan langkah kerajaan untuk melibatkan perundinga­n awam dengan semua pihak berkepenti­ngan dalam langkah semakan semula itu supaya beroleh pemahaman yang lebih baik mengenai kebimbanga­n dan cadangan ke atas penambahba­ikan kepada EIS supaya ia menjadi lebih telus dan diuruskan dengan cekap tanpa peningkata­n yang akan membebanka­n majikan serta pekerja yang menjadi penyumbang.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia