Utusan Borneo (Sabah)

Lima kereta baharu untuk dimenangi sempena ulang tahun ke-50 The Store

-

Sempena meraikan ulang tahun ke-50 Kumpulan The Store telah mengadakan peraduan ulang tahun ‘Ganjaran Meriah’ yang bermula pada 23 Mei hingga 17 September 2018.

Dengan setiap pembelian sebanyak RM30 dalam satu resit di manamana Milimewa, pelanggan layak menyertai peraduan berkenaan. Borang penyertaan adalah tertera di bahagian bawah resit pembayaran.

Pelanggan hanya perlu mengisi butiran peribadi dan masukkan ke dalam kotak penyertaan yang tertentu serta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat seperti: Hadiah Utama x 1 - Honda City 1.5S; Hadiah Kedua x1 - Proton Persona 1.6 CVT; Hadiah Ketiga x 1 - Perodua Myvi 1.3AT; Hadiah Keempat x 1 - Proton Saga 1.3 CVT; dan Hadiah Kelima x 1 - Perodua Axia 1.0AT.

Terdahulu, Kumpulan The Store telah melancarka­n perasmian untuk peraduan ulang tahun Ganjaran Meriah pada 31 Mei 2018 di Pacific Taiping Mall oleh Duta Kumpulan The Store Adibah Noor sambil disaksikan oleh Pengurus Kanan Besar Operasi Kumpulan The Store Winky Pek, Penolong Pengurus Besar Wilayah Utara Kumpulan The Store Yap Choon Meng dan Pengurus Cawangan Pasar Raya Besar dan Gedung Serbaneka Pacific Ooi Guat Kow.

Ayuh, jangan lepaskan peluang. Kunjungila­h Milimewa berdekatan anda sekarang dan mungkin anda adalah bakal pemenang bagi peraduan ini.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web: www.tstore.com.my atau FB: www.facebook.com/TheStoreMy­s (The Store), atauwww.facebook/ PacificMys (Pacific).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia