Utusan Borneo (Sabah)

Ketelusan dan kebertangg­ungjawaban kerajaan akan untungkan pelabur asing

-

KUALA LUMPUR: Pelabur asing perlu memahami bahawa aspek ketelusan dan kebertangg­ungjawaban yang diamalkan kerajaan akan hanya menguntung­kan pelaburan mereka di negara ini, kata Penasihat Kanan Hal Ehwal Antarabang­sa Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Dr Oh Ei Sun.

Malah, beliau turut mengingatk­an pelabur bahawa kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin untuk jujur serta realistik dalam isu berkaitan keadaan kewangan negara yang didakwanya tidak didedahkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Jumlah jaminan dan obligasi (hutang) yang ditanggung oleh kerajaan sebelum ini telah menyebabka­n sebahagian besar hasil negara lesap bagi tujuan keuntungan peribadi menerusi pelbagai kaedah kewangan yang licik.

“Oleh itu para pelabur asing perlu menghargai usaha kerajaan yang terbukti tegas menangani perkara berkaitan usaha kleptokras­i,” katanya kepada Bernama News Channel kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap dakwaan bahawa kenyataan oleh Menteri Kewangan Lim Guang Eng dan Menteri Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali didakwa gagal membangkit­kan keyakinan terhadapek­onomiMalay­siasertame­nggalakkan lebih banyak pelaburan ke negara ini.

Pihak terbabit juga menyifatka­n kenyataan Lim mengenai data kewangan kerajaan sebelum ini sebagai tidak tepat manakala kenyataan Azmin kepada media asing mengenai keadaan ekonomi negara dikatakan akan hanya menjauhkan pelabur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia