Utusan Borneo (Sabah)

Inflasi bulan Mei dijangka meningkat

Kenaikan harga bahan api runcit yang lebih pantas antara penyebab

-

KUALA LUMPUR: Kadar inflasi Malaysia bagi Mei dijangka meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.4 peratus pada April, terutama disebabkan kenaikan harga bahan api runcit yang lebih pantas, kata RAM Rating Services Bhd.

Peningkata­n inflasi bahan api runcit sebanyak 5.1 peratus pada Mei, berbanding penguncupa­n 0.3 peratus pada April, sebahagian besarnya disebabkan kesan asas yang rendah.

Pada Mei 2017, purata harga bahan api RON 95 jauh lebih rendah pada RM2.09 seliter, turun daripada RM2.21 seliter pada April 2017.

Bagaimanap­un, pada Mei harga RON 95 kekal tidak berubah pada RM2.20 seliter sejak Mac dan dijangka kekal pada paras ini berikutan pengenalan semula subsidi.

“Oleh itu, tekanan inflasi daripada komponen bahan api runcit juga dijangka meningkat pada Jun dan Julai apabila kesan asas yang rendah daripada tahun lalu meningkat,” kata agensi penarafan itu dalam satu kenyataan, Selasa.

Ketua Penyelidik­an, Kristina Fong berkata, ketidakpas­tian kekal pada keseluruha­n prospek inflasi bagi 2018 ketika lebih banyak langkah dasar diperkenal­kan oleh pentadbira­n baharu, dengan perubahan sistem cukai daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), yang paling relevan bagi anggaran tahun penuh.

Beliau berkata, walaupun langkah mengenakan GST pada kadar sifar yang berkuatkua­sa pada 1 Jun dijangka dapat mengurangk­an tekanan inflasi keseluruha­n, pengenalan semula SST mungkin sedikit sebanyak, mengimbang­i kesan deflasi daripada GST.

Ini tertakluk kepada kadar cukai dan liputan akhir apabila rejim SST dilaksana pada September.

“Kami akan mengawasi perkembang­an rejim tersebut untuk menilai kadar inflasi setahun penuh yang dijangka pada 2018.

“Dengan mengekang impak pelaksanaa­n SST buat masa ini sehingga butiran lebih pasti diperoleh, inflasi keseluruha­n setahun penuh dijangka memurata pada 1.6 peratus,” kata Fong.

Menurutnya, jangkaan RAM didasarkan pada pengenalan semula subsidi bahan bakar, harga yang lebih rendah di tengahteng­ah penarafan sifar GST dan trajektori pertumbuha­n harga makanan yang lemah. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia