Utusan Borneo (Sabah)

DFTZ antara medium untuk persiapkan generasi muda sertai dunia pekerjaan

-

KUALA LUMPUR: Inisiatif seperti Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) merupakan medium untuk mempersiap­kan generasi muda terhadap peluang pekerjaan yang masih belum wujud, kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Menurut Najib, ini berikutanm­anfaatDFTZ yang dijangka mewujudkan 60,000 pekerjaan, memudah cara perdaganga­n barangan bernilai AS$65 bilion menjelang 2025 selain dapat melipatgan­dakan aspek penghantar­an dan jumlah kargo untuk Malaysia menjelang 2025.

“Ekonomi digital adalah sektor paling pesat membangun dalam ekonomi negara. Pada masa ini, ia menyumbang sebanyak 18.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan diunjur menyumbang sehingga 20 peratus menjelang 2020.

“Saya gembira apabila DFTZ yang dirangka oleh kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional dan dilancarka­n dalam tempoh lebih pantas dan seiring dengan Alibaba, tidak dibatalkan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebookny­a pada Selasa..

Alibaba Group kelmarin membuka pejabatnya di Kuala Lumpur yang menandakan lembaran baharu syarikat itu dalam meluaskan kerjasama strategik dengan Malaysia, menerusi pembukaan hub Platform Perdaganga­n Dunia Elektronik (eWTP) pertama di luar dari China.

Dalam satu kenyataan, syarikat gergasi e-dagang memetik Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai berkata eWTP beserta DFTZ akan menggalakk­an lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana untuk turut serta dalam e-dagang, sekali gus meningkatk­an eksport mereka ke negara lain di Asia dan ke kawasan lain. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia