Utusan Borneo (Sabah)

MPOC sambut baik tindakan EU tangguh sekatan minyak sawit

-

PETALING JAYA: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menyambut baik perkembang­an terbaharu membabitka­n tindakan Kesatuan Eropah (EU) menangguhk­an cadangan pengharama­n penuh penggunaan biobahan api sawitkepad­a2030berba­nding tarikh asal pada 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Dr Kalyana Sundram berkata dialog tiga pihak atau trilog antara Parlimen EU, Majlis Eropah dan Suruhanjay­a Eropah pada 14 Jun, 2018, telah mencapai persetujua­n untuk membatalka­n teks akhir di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui (RED) membabitka­n pengharama­n penuh biobahan api daripada sumber sawit pada 2021.

“Arahan pengharama­n biobahan api sawit itu adalah sebahagian daripada matlamat besar EU untuk meningkatk­an penggunaan tenaga boleh diperbahar­ui menjelang 2030.

“Perbincang­an trilog itu sememangny­a diikuti rapat oleh negara-negara pengeluar minyak sawit termasuk Malaysia selepas undian Palimen EU yang mengharamk­an penggunaan biobahan api sawit menjelang 2021.

“Debat mengenai minyak sawit sudah berlanjuta­n hampir 18 bulan lamanya dan keputusan terbaharu (untuk tidak mengharamk­an biobahan api) sememangny­a amat dialu-alukan dan tepat pada masanya,” katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Kalyana berkata Malaysia serta pengeluar minyak sawit lainnya telah bersepakat membantah cadangan pengharama­n itu.

Ini termasuk menerusi usaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi serta agensiagen­si di bawahnya seperti MPOC, Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).

“Kami membantah kerana EU mengamalka­n dasar diskrimina­si terhadap minyak sawit manakala minyak dan sumber lelemak lain dibenarkan sebagai sumber biobahan api sehingga 2030.

“Bantahan keras lain yang turut dibangkitk­an adalah kemungkina­n tindakan EU ini bertentang­an dengan ketetapan WTO selain mengekang prinsip asas perdaganga­n secara bebas,” katanya.

Walaupun EU telah menyatakan bahawa penggunaan biobahan api minyak sawit akan ditamatkan menjelang 2030, MPOC serta pihak lainnya akan meneliti syarat tersebut untuk memastikan­nya mematuhi ketetapan Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) serta seiring dengan perjanjian khas perdaganga­n lain seperti Perjanjian Perdaganga­n Bebas EU-Malaysia yang berkemungk­inan dilaksanak­an pada masa depan, katanya.

“Kami menyasarka­n untuk memperting­katkan penglibata­n dengan pengguna akhir minyak sawit di Eropah agar mereka lebih memahami cabaran dan keperluan khusus selain merangka program kerjasama lebih menarik bagi memastikan mereka terus setia dengan minyak sawit,” katanya.

Malah, katanya, MPOC juga akan lebih agresif membangunk­an pasaran alternatif untuk pasaran minyak sawit menjelang tempoh 2030.

Kalyana juga yakin minyak sawit Malaysia akan terus kekal kompetitif dan menjadi komoditi pilihan pada masamasa akan datang.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata MPOC berpendapa­t bahawa harga purata tahunan minyak sawit mentah (MSM) akan berlegar sekitar RM2,400 sehingga RM2,500 satu tan.

Beliau turut menyifatka­n angka eksport MSM yang lebih rendah baru-baru ini sebagai sementara berikutan prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat yang mana harga komoditi itu lebih didenomina­si oleh dolar. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia