Utusan Borneo (Sabah)

Sambut Syawal dengan Kejutan Manis WOW

-

CJ WOW SHOP menggandak­an rangkaian Aidilfitri dengan pelbagai jenama baharu kegemaran rakyat Malaysia serta menawarkan ganjaran percutian ke Turki kepada pelanggan dengan pembelian tertinggi.

Lebih 70 produk baharu akan ditawarkan melalui program siaran harian CJ WOW SHOP bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun.

Program ini yang disiarkan di TV9 pada jam 10 pagi dan 11 pagi akan memaparkan satu rangkaian produk unik yang menyasarka­n kepada keperluan para pengguna.

Pusat beli-belah sehenti ini akan menawarkan para pelanggan dengan satu rangkaian koleksi produk dari pelbagai segmen yang merangkumi Peralatan Dapur, Fesyen & Kecantikan, Kelengkapa­n Rumah & Hiasan Dalaman, serta rangkaian khas Gaya Hidup & Hiburan bagi perjalanan ‘Balik Kampung’ mereka.

Rangkaian koleksi ini terdiri daripada koleksikol­eksi kegemaran rakyat Malaysia yang sedia ada dan baharu, termasukla­h Al-Mukarramah oleh Haqqi Muslim Wear, Ariani X WOW Muslimah Fashion, Mugen Tornado Hybrid Gas Cooker, Classe Raya Carpet dan sebagainya demi menceriaka­n lagi Aidilfitri anda.

Bagi menjadikan Aidilfitri ini lebih bermakna buat pelanggan dan orang tersayang mereka, CJ WOW SHOP juga akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang membuat pembelian tertinggi dengan satu percutian hebat bernilai lebih RM28,000 bagi setiap keluarga. Hanya dua pemenang akan dipilih untuk pakej percutian ‘9 Hari 7 Malam’ ini.

Bagi menyertai ‘Cuti Raya WOW’, pelanggan hanya perlu mengikuti peraturan-peraturan mudah berikut:

• Mengumpul satu entri bagi setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas dari 11 Mei hingga 24 Jun 2018.

• Mengumpul jumlah entri tertinggi dengan membuat pembelian sehingga tempoh promosi tamat.

Layari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop. com.my atau melalui pilihan aplikasi mudahalih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS untuk maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia