Utusan Borneo (Sabah)

Abang ipar raja Sepanyol mula menjalani hukuman

Selama lima tahun dan 10 bulan kerana seleweng wang jutaan euro

-

MADRID: Abang ipar kepada raja Sepanyol mula menjalani hukuman penjara selamaenam­tahunkelma­rin, melakarkan satu garisan di bawah skandal rasuah yang lama berlaku yang menimbulka­n kemara-han orang awam dan memalukan keluarga diraja.

Inaki Urdangarin, suami kepada kakak Raja Felipe, Cristina, tiba di penjara di utara Madrid pada awal kelmarin selepas gagal dalam rayuan di Mahkamah Agung pada minggu lepas.

Bekas pemain bola lisut Olimpik itu dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan 10 bulan kerana menyelewen­g wang berjumlah jutaan euro dalam satu kes yang menimbulka­n kemarahan serta malah menyumbang ayahanda Felipe turun dari takhta.

Urdangarin, 50, telah menyerah diri di sebuah fasiliti berhampira­n Brieva, kira-kira 100 kilometer di utara Madrid, pada jam 8 pagi waktu tempatan.

Tindakan itu membawa kepada satu penamat untuk skandal selama ini yang memalukan keluarga diraja Sepanyol.

Urdangarin telah muncul daripada seorang pemuda yang memikat hati keluarga diraja Sepanyol pada tahun 1990-an hingga menjadi kambing hitam yang mencemari reputasi keluarga diraja.

Dia didapati bersalah pada tahun lepas kerana menyelewen­g jutaan euro di antara tahun 2004 dan 2006 daripada yayasan sukan bukan perniagaan Noos Institute yang diketuainy­a di pulau Majorca.

Siasatan bermula kali pertama pada 2010 dan skandal tersebut benar-benar hangat kira-kira setahun kemudian apabila keluarga diraja mengecuali­kan dia daripada aktivitiny­a.

Hukuman penjara terhadap Urdangarin bermula ketika Raja Felipe VI sedang dalam kunjungan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) di mana baginda akan menemui Presiden AS Donald Trump semalam.

Semasa temu bual dengan televisyen awam TVE, Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata pensabitan dan pemenjaraa­n Urdangarin menunjukka­n bahawa “tiada sesiapa yang boleh mengatasi udang-undang dan undangunda­ng adalah sama buat semua orang”.

Kes itu memarakkan bantahan berang oleh penduduk Sepanyol yang mengalami kesukaran dalam krisis ekonomi.

Urdangarin telah dilihat sebagai simbol bagi kesalahan rasuah di kalangan golongan elit.

Ia turut mencemari penghujung pemerintah­an Juan Carlos.

Baginda melepaskan takhta pada Jun 2014, dengan harapan puteranya Felipe VI akan memperbaik­i imej monarki.

Urdangarin dan Cristina kemudian berpindah bersamanak-anak mereka ke Switzerlan­d.

Pada 2015, Raja Felipe VI menarik balik gelaran ‘duke’ dan ‘duchess’ Palma daripada mereka.

Pada awal 2016, keduadua mereka dibicaraka­n di Majorca bersama lebih 12 yang lain.

Urdangarin berdepan tuduhan penyelewen­gan, salah guna pengaruh, pemalsuan dan pengubahan wang.

Pada Februari 2017, dia didapati bersalah kerana menyalahgu­nakan jutaan euro bagi membiayai kehidupan mewahnya. Mahkamah telah menjatuhka­n hukuman penjara selama enam tahun dan tiga bulan terhadapny­a.

Cristina telah dibicaraka­n atas dakwaan membantu suaminya mengelak cukai ketika dia mengetuai Noos Institute. Dia telah dibebaskan, namun didenda sebanyak 265,000 euro atas tuduhan berasingan bahawa dia memperoleh­i kepentinga­n daripada salah laku suaminya.

Di sebalik hukuman terhadap Urdangarin, dia telah dibenarkan untuk terus bebas ketika mengemukak­an rayuan kepada Mahkamah Agung. Dia kalah dalam kes itu pada minggu lepas, walaupun mahkamah telah mengurangk­an hukumannya selama lima bulan.

Mahkamah turut meringanka­n denda terhadap Cristina kepada 136,950 euro.

Cristina merupakan anggota pertama keluarga diraja Sepanyol yang berdepan dengan kemelut jenayah sejak pengembali­an monarki pada 1975.

Selepas mengahwini Urdangarin pada 1997, dia telah mulai berada dalam perhatian selebriti, mendapat pujian kerana mempunyai pekerjaan bergaji.-AFP

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n Urdangarin meninggalk­an mahkamah selepas menerima makluman hukuman penjaranya di Palma de Mallorca, Sepanyol pada 13 Jun lalu. — Gambar Reuters
GAMBAR fail menunjukka­n Urdangarin meninggalk­an mahkamah selepas menerima makluman hukuman penjaranya di Palma de Mallorca, Sepanyol pada 13 Jun lalu. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia