Utusan Borneo (Sabah)

Lima maut, lebih 100 diselamat selepas

-

TRIPOLI: Mayat lima pendatang telah ditemui sementara lebih 100 lagi diselamatk­an selepas bot mereka karam di luar pantai Libya kelmarin, seorang pegawai tentera laut memberitah­u AFP.

Anggota penyelamat Libya mengambil masa selama tiga jam untuk sampai ke bot getah yang karam, kata pegawai Rami Ghommeidh.

Seorang mangsa terselamat memberitah­u mereka telah berada hampir dengan sebuah kapal dari Itali yang enggan menyelamat­kan mereka.

“Ketika kami semakin menghampir­i penyelamat Itali, mereka tidak dapat menyelamat­kan kami maka kami telah menunggu di sana” bagi tentera Laut Libya, jelasnya.

Keadaan panik berlaku semasa pendatang cuba memanjat naik ke atas kapal Libya apabila bot mereka dimasuki air dengan cepat.

“Semasa cuba memanjat bahagian tepi kapal penyelamat, tiga wanita dan dua budak lelaki yang masih kecil terjatuh ke dalam air dan lemas,” katanya.

Ghommeidh tidak mengenal pasti mangsa, mengesahka­n lima orang meninggal dunia dan 117 mangsa yang masih hidup termasuk wanita dan kanak-kanak.

Mereka dibawa ke ibu negara Tripoli selepas diselamatk­an “kira-kira lapan batu nautika di luar pantai Abu Kammash”, sebuah kompleks petrokimia penting dan terminal minyak berhampira­n dengan sempadan Tunisia, kata pihak berkuasa.

Libya merupakan titik pelepasan utama bagi ribuan pendatang yang berharap untuk sampai ke Eropah, walaupun ratusan orang telah lemas setiap tahun ketika cuba melalui laluan laut itu.

Pada tahun ini sahaja kira-kira 40,000 pendatnang terselamat melalui laluan laut itu, sementara lebih 800 direkodkan sebagai mati atau hilang oleh agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PENDATANG Afrika diselamatk­an dari bot karam kira-kira 130 kilometer ke barat Tripoli, Libya, duduk di sebelah mayat pendatang lain yang mati lemas, di atas kapal tentera laut Libya kelmarin. — Gambar AFP
PENDATANG Afrika diselamatk­an dari bot karam kira-kira 130 kilometer ke barat Tripoli, Libya, duduk di sebelah mayat pendatang lain yang mati lemas, di atas kapal tentera laut Libya kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia