Utusan Borneo (Sabah)

Insiden tembakan gemparkan Malmo

Seorang maut dan lima tercedera, polis tolak sebarang kaitan dengan pengganas

-

STOCKHOLM: Seorang terbunuh dan lima lagi tercedera dalam insiden tembakan di tengah bandar raya Malmo di selatan Sweden kelmarin, kata polis, menolak sebarang kaitan dengan pengganas.

“Seorang lelaki berusia 18 tahun telah meninggal dunia di hospital,” kata polis Malmo dalam satu kenyataan, menambah bahawa empat lagi dimasukkan ke hospital.

Seorang jurucakap polis memberitah­u AFP bahawa kebarangka­lian kaitan keganasan dengan serangan itu telah ditolak.

Menurut akhbar Aftonblade­t, mangsa diserang ketika mereka meninggalk­an sebuah kafe internet di tengah-tengah pekan.

Beberapa saksi dipetik sebagai menyatakan sekurangku­rangnya seorang penyerang bersenjata­kan selaras senjata automatik.

Polis menolak untuk memberi komen mengenai identiti penyerang atau bilangan penyerang.

Mereka turut menolak untuk memberi sebarang maklumat mengenai mangsa walaupun laporan menyatakan beberapa orang daripada mereka adalah dikenali oleh pihak polis.

Ketika Sweden mempunyai kadar jenayah yang agak rendah, kawasan kejiranan di Malmo, Stockholm dan Gothenburg telah menyaksika­n peningkata­n dalam keganasan dikaitkan dengan pergaduhan kumpulan samseng untuk kawalan ke atas pengedaran dadah dan pelacuran. — AFP

“Beberapa saksi dipetik sebagai menyatakan sekurang-kurangnya seorang penyerang bersenjata­kan selaras senjata automatik. Polis menolak untuk memberi komen mengenai identiti penyerang ” atau bilangan penyerang.

 ?? — Gambar AFP ?? DUA anggota polis memeriksa lubang peluru selepas insiden tembakan di luar sebuah kafe Internet di bandar raya Malmo di selatan Sweden kelmarin.
— Gambar AFP DUA anggota polis memeriksa lubang peluru selepas insiden tembakan di luar sebuah kafe Internet di bandar raya Malmo di selatan Sweden kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia